Illegear Ares V Dilancarkan - Laptop Gaming Pertama Illegear Dengan Cip AMD

Sebagai sebuah jenama laptop yang memfokuskan kepada kategori gaming, Illegear akan sentiasa mengemaskini dan melancarkan produk terbaharu selari dengan spesifikasi terkini. Hari ini, Illegear telah mengumumkan model Ares V sebagai penambahan baharu dalam barisan produk mereka.

No photo description available.

Menariknya mengenai laptop ini, ia hadir dengan cip AMD Ryzen yang merupakan model pertama dengan cip jenis AMD. Model asas menggunakan AMD Ryzen 5 3500X namun pengguna mempunyai pilihan sehingga Ryzen 9 3950X. Paparan Ares V menggunakan panel 144Hz dalam saiz 15.6 inci INFIVISION.

 

Terdapat 3 pilihan kad grafik bermula NVIDIA GTX 1660 Ti 6GB, RTX 2060 6GB. dan RTX 2070 8GB. RAM pula dimuatkan dengan pilihan bermula 8GB sehingga 64GB.

No photo description available.

Berat laptop adalah pada 2.7kg termasuk bateri dan mempunyai tebal 32.5mm. Antara fungsi lain laptop adalah seperti pembesar suara Sound Blaster Cinema 6, Wi-Fi 6, dan juga papan kekunci dengan RGB.

Illegear Ares V dijual bermula harga RM 4,399 untuk model permulaan GTX 1660 Ti, RM 5,099 untuk RTX 2060, dan RM 5,698 untuk RTX 2070.

Berkaitan