Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ikut Cara Ini Kalau Tak Dapat Lihat ‘Instagram Notes’

Posted on April 30, 2024

Ciri nota Instagram yang wujud membolehkan anda meninggalkan pesanan nota untuk dibaca dan dibalas oleh rakan.

Namun begitu, jika anda tidak dapat melihat ciri nota ini berkemungkinan disebabkan oleh aplikasi Instagram anda rosak atau masih menggunakan versi aplikasi yang lama.

Terdapat juga beberapa sebab yang lain jika anda tidak dapat mengakses ciri nota seperti telah mematikan status aktiviti, menggunakan VPN, mengemas kini aplikasi kemudian menjadi rosak dan sebagainya.

Oleh itu, artikel ini akan menunjukkan cara untuk membetulkan isu tersebut dan membolehkan untuk anda mengakses ciri nota instagram.

Kemas kini Instagram kepada Versi Terkini

Kemas kini aplikasi instagram apabila tidak dapat mengakses ciri dalam aplikasi. Secara tidak langsung, membolehkan untuk melihat dan mengakses ciri yang lebih baharu. Oleh itu, perkara ini membantu dalam melihat nota yang tidak dipaparkan di Instagram.

Android

  • Buka gedung Google Play.
  • Cari Instagram.
  • Pilih kemas kini di sebelah aplikasi untuk mengemas kini versi instagram.

iPhone

  • Lancarkan App Store pada telefon.
  • Pilih kemas kini di bar bawah.
  • Klik kemas kini di sebelah instagram.

Kosongkan Cache Aplikasi Instagram Untuk Android

Apabila fail cache aplikasi Instagram rosak, berkemungkinan itu disebabkan anda tidak boleh mengakses ciri nota atau mahu membuat nota.

Cara untuk membetulkan aplikasi adalah dengan memadam cache. Kemudian, aplikasi akan membina semula cache semasa menggunakan ciri aplikasi ini.

Untuk iPhone, anda tidak boleh mengosongkan cache aplikasi. Anda mesti mengalih keluar dan memasang semula aplikasi untuk memadamkan cache aplikasi.

Status Aktiviti Nota Instagram Tidak Muncul

Status aktiviti adalah menunjukkan kepada rakan anda bahawa anda berada dalam talian dan boleh juga melihat rakan anda ketika dalam talian.

Laporan mengatakan pengguna boleh mendayakan ciri ini bagi membantu untuk memulihkan pilihan nota dalam aplikasi.

  • Lancarkan Instagram pada telefon.
  • Pilih ikon profil di bar bawah.
  • Klik tiga garisan mendatar di penjuru kanan sebelah atas.
  • Pilih mesej dan balasan cerita pada skrin berikut.
  • Klik tunjukkan status aktiviti.
  • Hidupkan tunjukkan status aktiviti.

Matikan VPN Pada Telefon

Matikan ciri VPN pada telefon pintar dan lihat sama ada di ciri nota Instagram berfungsi atau sebaliknya. Hal ini dikatakan demikian kerana aplikasi itu berkemungkinan telah menyekat akses kepada ciri tersebut.

Cara untuk mematikan perkhidmatan VPN adalah dengan mematikan togol utama. Selepas itu, terus lancarkan Instagram dan semak sama ada boleh akses ciri tersebut ataupun tidak.

Log Keluar dan Log Semula Aplikasi

Jika sesi log masuk Instagram anda menghadapi masalah, itu boleh menyebabkan ciri aplikasi tertentu tidak berfungsi.

Dalam kes ini, log keluar dan kembali ke akaun anda dalam aplikasi untuk membetulkan isu anda.

  • Buka Instagram pada telefon.
  • Pilih gambar profil anda di bar bawah.
  • Pilih tiga garisan mendatar di penjuru kanan sebelah atas.
  • Tatal ke bawah dan klik log keluar.
  • Log masuk semula ke akaun.

Nyahpasang Kemas Kini Instagram Pada Android

Kehilangan akses nota selepas mengemas kini aplikasi walaupun sebelum ini anda mempunyai ciri nota tersebut, berkemungkinan disebabkan oleh kemas kini aplikasi anda telah rosak. Dalam kes ini, anda boleh mengemas kini semula aplikasi.

  • Klik lama-lama Instagram dalam laci aplikasi atau skrin utama dan pilih maklumat aplikasi.
  • Pilih tiga titik di penjuru kanan sebelah atas dan pilih nyahpasang kemas kini.
  • Pilih OK dalam gesaan.
  • Lancarkan aplikasi.

Alih Keluar dan Pasang Semula Instagram

Jika anda masih tidak boleh menggunakan ciri nota, aplikasi anda mungkin ada masalah. Ini boleh menjadikan pelbagai ciri aplikasi tidak tersedia kepada pengguna. Dalam kes ini, nyahpasang dan pasang semula aplikasi untuk menyelesaikan isu anda.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress