Di dalam App Store terdapat begitu banyak aplikasi ditawarkan kepada pengguna peranti iOS. Ada yang bermanfaat dan berbaloi dimuat turun dan ada juga yang tidak berfaedah pun.
Pada tahun 2008 dahulu, pernah wujudnya satu aplikasi yang didakwa sebagai aplikasi paling mahal yang pernah dijual di dalam App Store.
Tidak cukup dengan harganya yang mahal, aplikasi itu juga dikatakan sebagai aplikasi yang langsung tak berguna. Aplikasi tersebut adalah “I Am Rich“.
Aplikasi itu yang dilancarkan pada 5 Ogos 2008 dahulu dibangunkan oleh Armin Heinrich dijual pada harga USD999.99.
Aplikasi tersebut ditawarkan dalam kategori Lifestyle di App Store dan hanya bersaiz 0.1MB sahaja.
Bayangkan saiz aplikasi tersebut yang begitu kecil tapi dijual pada harga yang tidak masuk akal.
Jadi pada saiz aplikasi yang sekecil itu, apakah fungsi sebenar aplikasi tersebut? Adakah ia menjadikan orang yang membelinya menjadi kaya segera?
Menjadikan harga aplikasi itu lagi tidak masuk akal adalah aplikasi “I Am Rich” ini langsung tidak berbuat apa-apa.
Setelah dibeli dan selesai dipasang ke dalam peranti iOS, aplikasi itu hanya akan mengeluarkan ikon berwarna merah dan memaparkan teks berikut pada skrin peranti iOS:-
- I am rich
- I deserve it
- I am good, healthy & succesful
Mungkin anda menyangkakan tidak akan ada pengguna peranti iOS pada waktu itu yang akan membeli aplikasi tersebut.
Tetapi sangkaan anda salah kerana sepanjang tempoh beberapa hari ia sempat ditawarkan sebelum Apple menarik keluar aplikasi itu dari App Store mereka, terdapat seramai 8 pengguna telah memuat turun aplikasi tersebut.
{suggest}
6 pengguna itu adalah dari Amerika dan 2 lagi dari pengguna App Store di Eropah.
Sekaligus pembangun aplikasi tak berguna itu mengaut untung yang dianggarkan berjumlah hampir USD6,000.00.
Tetapi 2 daripada 8 pembeli aplikasi itu berjaya mendapat semula wang mereka dari pihak Apple.
Sumber: businessinsider, ZDNet, Information