Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Buds 5

(ULASAN) Redmi Buds 5 – Kualiti Murah Tapi Bunyi Sedap, Padan Dengan Harga

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Pada pertengahan Januari lepas, Redmi telah pun melancarkan barisan produk terbaru mereka untuk tahun 2024 ini termasuklah peranti audio terbaru Redmi Buds 5.

Selepas lebih 2 minggu bersama, mengembara dari selatan ke utara sambil memakainya sepanjang masa, ini pendapat penulis tentang Redmi Buds 5.

Spesifikasi

Redmi Buds 5 menyokong sambungan Bluetooth 5.3, bateri 54mAh dan 480mAh pada selongsong (case) yang boleh dicas menggunakan sambungan USB-C dan didatangkan dalam pilihan warna Hitam, Putih dan Sky Blue.

Redmi Buds 5

Antara ciri utama Redmi Buds 5 adalah sambungan pantas bersama telefon pintar dan menyokong sambungan 2 peranti berbeza.

Tetapi untuk ulasan Redmi Buds 5 ini, suka penulis fokuskan pada 2 kelebihan utamanya.

Kelebihan Utama

Sebenarnya, sebagai TWS mampu milik, Redmi Buds 5 bukan sahaja memberikan bunyi yang sesedap rasa. Tetapi, lebih penting lagi adalah ciri pembatalan hingar aktifnya.

Apabila diaktifkan, bunyi hingar disekeliling hampir tidak kedengaran. Sudah cukup memadai untuk anda menikmati muzik kegemaran dalam persekitaran bising seperti ketika berada di dalam pengangkutan awam.

Redmi Buds 5
Aplikasi Xiaomi Earbuds memudahkan anda untuk melaraskan tetapan pembatalan hingar dan kawalan sentuhan untuk fon telinga wayarles Redmi Buds 5.

Satu lagi kelebihan utama Redmi Buds 5 ini adalah ketahanan baterinya yang mampu memberikan sehingga lebih 5 jam (dengan pembatalan hingar diaktifkan).

Malah dengan ciri pengecasan pantasnya, ia dapat memberikan sehingga 2 jam selepas dicas dengan selongsong (case).

Jadi, memang lebih daripada cukup jika anda mengembara menaiki bas ekspress atau KTM ETS dari selatan ke utara atau sebaliknya.

Redmi Buds 5
Dengan case nya, tiada isu bateri fon telinga ini akan habis.

Kekurangan

Sungguh pun begitu, ada satu isu yang sedikit menjengkelkan pada pendapat penulis.

Ia berkaitan dengan isu kualiti binaan pada Redmi Buds 5 ini. Apabila dipegang, ia terasa agak rapuh dan memang dibuat untuk dijual pada harga murah.

Itu sahaja yang menjadi isu pada penulis yang dirasakan sedikit terganggu.

Redmi Buds 5
Paling terasa cheap nya kualiti binaan Redmi Buds 5 ini adalah pada penutup case nya.

Kesimpulan

Tapi secara keseluruhan, apa yang penting adalah keselesaan, kualiti bunyi dan ciri pada Redmi Buds 5 ini.

Walaupun rasa plastiknya rapuh, tapi dari segi keselesaan, ia tidak mengganggu anda memakainya untuk tempoh yang lama.

Redmi Buds 5

Bunyi yang disampaikan juga sedap dengan bass yang mantap serta kualiti audio keseluruhan yang tidak menghampakan.

Jadi, jika anda mencari TWS yang bunyi sedap dan padan dengan bajet anda, Redmi Buds 5 adalah antara TWS pilihan yang sesuai untuk tahun 2024 ini.

Redmi Buds 5 berharga RM199, tapi kini anda boleh dapatkannya hanya pada harga RM149.00 sahaja dari stor rasmi.

Berkaitan

  • (Ulasan) Nothing Ear (2) - Audio Seimbang Dalam Dunia Yang Lebih Senyap
  • OPPO Malaysia Lancar Dua Fon Putik Dengan Harga Mampu Milik
  • Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640

Beli Redmi Buds 5 dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clkp3x9

Lazada: https://invol.co/clkp3xm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY