Huawei Umum Honor 10 Ke Pasaran Malaysia Pada 22 Mei Ini

Pihak Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti Honor 10 pada 22 Mei ini. Ia merupakan peranti kelas perdana terbaru keluaran jenama di bawah naungan mereka, Honor. Satu kiriman emel telah dihantar kepada rakan-rakan media mereka berkenaan perkara ini.



Honor 10 yang merupakan peranti yang menyambung legasi Honor 9 sebelum ini, akan menggunakan cip pemprosesan Huawei Kirin 970 dan beroperasi menggunakan sistem antara muka EMUI 8.1 yang berlandaskan pada Android 8.1.

Apa yang menarik pada peranti ini ialah keindahan reka bentuknya. Honor 10 menggunakan reka bentuk takuk pada paparan hadapan seperti kebanyakan peranti Android masa kini, namun keindahan peranti ini terserlah pada bahagian belakangnya.



Dengan menggunakan kaca 3D, sisi belakang peranti ini akan memantulkan cara dan menyebabkan warnanya sedikit berubah apabila kita melihatnya dari sudut yang berbeza.

Peranti ini akan dilancarkan secara global pada 15 Mei di London dan telah diperkenalkan di China pada bulan lalu.