Alienware Melancarkan Komputer Riba VR Dengan Grafik Nvidia GeForce GTX siri ke 10





Penggemar permainan serata dunia sudah pastinya tidak sabar dengan kehadiran produk terbaru dari Alienware. Alienware akan mengeluarkan komputer riba baru yang mempunyai sokongan VR-ready iaitu Alienware 13, Alienware 15 dan Alienware 17.



Syarikat itu mengumumkan produk komputer riba mereka sempena menyambut ulang tahun yang ke 20 di PAX West Khamis lepas. Alienware 13 akan dilancarkan pada 16 November di Amerika Syarikat. Manakala Alienware 15 dan Alienware 17 akan dilancarkan pada 30 September ini. Ketiga tiganya dilengkapi dengan kad grafik Nvidia's GeForce GTX siri ke 10.



Alienware 13 akan datang bersama pilihan untuk Nvidea GeForce GTX 1060 dan Alienware 15 akan datang bersama pilihan untuk Nvidia GeForce GTX 1070 manakala Alienware 17 untuk pilihan kedua dua GeForce GTX 1060 atau GeForce GTX 1070.





Komputer riba keluaran Dell selalunya direka dengan bentuk yang nipis namun untuk model Alienware kali ini ianya mempunyai bentuk yang sedikit tebal untuk menyokong sistem penyejukan yang lebih efektif.



Ianya disokong oleh Windows Hello dan pengguna dapat log masuk dengan menggunakan ciri face-detection. Antara ciri menarik yang lain tentang komputer riba ini, ianya mempunyai Tobii's eye-tracking dan disokong dengan kamera luar Tobii's eye-tracking. Selain daripada mengawal kamera semasa bermainan permainan, ciri ini juga mampu untuk membuka komputer riba dengan hanya memandang ke arah logo dan lampu papan kekunci akan digelapkan sejurus anda melihat ke tempat lain.



Alienware 15 dan 17 akan datang bersama prosessor Intel Core i7 6829HK(Skylake). Kedua duanya mampu di naik taraf hingga ke 32GB RAM dan 1TB storan.