Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Senarai Peranti Xiaomi Yang Tidak Akan Lagi Terima Kemas Kini

Posted on Mac 11, 2022Mac 12, 2022

Buat pengguna Xiaomi, mesti ada dalam kalangan anda yang tertunggu-tunggu kemas kini baharu MIUI 13 untuk peranti anda. Mungkin juga ada yang sudah pun menerimanya. Tetapi tahukah anda berapa banyak kali lagi peranti anda akan menerima kemas kini?

Menurut polisi lama Xiaomi, terdapat 3 kategori kemas kini Android pada peranti mereka iaitu siri Redmi selama 1 tahun, siri Redmi Note selama 2 tahun dan Siri Mi pula selama 3 tahun. Senarai di bawah ini adalah peranti yang tidak lagi menerima kemas kini:

Peranti yang menerima kemas kini sehingga Android 11:

  • Mi 9 / 9SE / 9 Lite
  • Mi 9T / Mi 9T Pro
  • Mi CC9 / Mi CC9 Meitu
  • Redmi K20 / K20 Pro / K20 Pro Premium
  • Redmi Note 8 / Note 8T / Note 8 Pro
  • Redmi 9A / 9AT / 9i / 9C
  • POCO C3 / C31

Peranti yang menerima kemas kini sehingga Android 12:

  • Redmi 9 / Prime / 9T / Power
  • Redmi Note 9 / 9S / Pro / Pro Max
  • Redmi Note 9 4G / 5G / 9T 5G
  • Redmi Note 9 Pro 5G
  • Redmi K30 4G / 5G / Ultra / K30i 5G / Racing
  • Redmi 10A / 10C
  • POCO C4
  • POCO X3 / NFC
  • POCO X2 / M2 / M2 Pro
  • Mi 10 Lite / Youth Edition
  • Mi 10i / 10T Lite
  • Mi Note 10 Lite

Terdapat beberapa peranti di atas yang sudah pun menerima kemas kini terakhir mereka tahun ini. Mungkin terdapat juga beberapa peranti yang akan menerima kemas kini MIUI 13 tetapi berasaskan Android 11.

Seperti yang anda tahu, Xiaomi memperkenalkan MIUI 13 ini pada siri Xiaomi 12 yang berasaskan Android 12. Tetapi Xiaomi juga memperkenalkan semula MIUI 13 berasaskan Android 11 pada siri Redmi Note 11 baru-baru ini. Tiada perubahan ketara sebenarnya MIUI 13 berasaskan Android 11 ini dengan MIUI 12.5 tahun lepas.

Bukan itu sahaja, beberapa peranti yang mendapat MIUI 13 yang berasaskan Android 12 di luar pasaran China juga masih menggunakan rekaan sama seperti MIUI 12.5. Seperti contoh, di bawah ini adalah perbandingan antara MIUI 13 China ROM dan MIUI 13 yang tiada perubahan.

Control center MIUI 13
Control center MIUI 13 yang masih sama seperti MIUI 12.5

Apa-apa pun, senarai ini bukanlah senarai rasmi daripada Xiaomi namun artikel ini dapat memberi tahu pengguna berapa lama jangka hayat peranti anda dapat lagi bertahan.

Sumber: Xiaomiui

Baca juga:

  • Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Android 10, 11 Dan 12
  • Xiaomi Tangguh Android 12 Pada Mi Pad 5, Nak Bagi Android 12L Terus
  • Nothing Akan Adakan Acara Pada 23 Mac Ini, Mungkin Lancar Telefon Pertama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress