Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung s22

Kemas Kini Baharu Galaxy S22 Dilepaskan, Tiada Lagi Had Prestasi Aplikasi

Diterbitkan Mac 11, 2022 ยท Dikemas kini Mac 12, 2022 oleh Faiz Munir

Berikutan dengan isu Samsung mengehadkan prestasi pada aplikasi, kini Samsung telah mengeluarkan kemas kini baharu dengan mengalihkan pengehadan tersebut.

Samsung telah menggunakan satu aplikasi iaitu Gaming Operating Service (GOS) yang mana aplikasi ini mengehadkan prestasi aplikasi untuk barisan peranti Galaxy S mereka. Selain itu, GIS ini juga berfungsi menjimatkan penggunaan kuasa untuk ketahanan bateri yang lebih lama.

Namun tidak semua pengguna merasakan GIS ini bagus untuk peranti mereka. GIS ini telah ditemui oleh pengguna selepas mereka mendapati prestasi ketika bermain permainan video sangat tidak memuaskan.

Pada kemas kini baharu ini, Samsung juga telah menambah satu lagi fungsi baharu iaitu “Game Performance Management Mode” pada Game Booster untuk melaras tetapan prestasi. Bukan itu sahaja, kemas kini ini juga memberikan penambahbaikkan pada kamera dan keselamatan peranti.

Agak bagus tindakan Samsung ini kerana mereka mendengar keluhan pengguna dan memberi perubahan dengan memberikan kemas kini baharu ini. Buat masa ini, kemas kini ini hanya dilepaskan di Korea sahaja dan pasaran lain mungkin akan mendapatkannya dalam masa yang terdekat.

Sumber: Sammobile

Baca juga:

  • Lelaki Ini Curi Kad Kredit Presiden Riot Untuk Tujuan Lombong Mata Wang Kripto
  • NVIDIA Dilapor Akan Lancar RTX3090 Ti Akhir Bulan Mac Ini
  • ‘One Piece’ Versi ‘Live-Action’, Ini 6 Lagi Pelakon Tambahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY