Huawei Nova 3i Akan Terima Kemaskini AIS Untuk Rakaman Waktu Kurang Cahaya Yang Lebih Baik

Usia Huawei Nova 3i untuk pasaran Malaysia menghampiri 4 bulan dan ia sudah dikemaskini dengan beberapa ciri seperti contoh GPU Turbo pada Ogos yang lalu.

Terbaru, peranti kelas pertengahan ini bakal menerima penambahbaikan pada sistem kamera untuk rakaman diwaktu kurang pencahayaan.

Dikenali sebagai AIS Handheld Super Night Shot Mode ia adalah teknologi yang dibangunkan oleh Huawei untuk membantu pengguna menangkap gambar dengan masa pendedahan yang lebih lama tanpa tripod, dan membolehkan pengguna mengambil sebarang imej pada keadaan cahaya rendah. Hasilnya rakaman foto menjadi lebih asli, terang dan jelas.

Kemaskini akan dilepaskan kepada pemilik Huawei Nova 3i secara berperingkat bermula 1 November 2018.

Boleh dimiliki pada harga pasaran RM1299, bagi yang berminat boleh baca ulasan penuh disini atau tonton video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=-I8AWRdzaYI