Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-14T142132.612

Samsung Galaxy M54 Masuk Malaysia Dengan Harga RM2,099

Diterbitkan Disember 14, 2023 oleh Muhd Idham

Samsung Malaysia kini mengumumkan ketibaan salah satu telefon pintar kelas pertengahan, Samsung Galaxy M54 5G di pasaran Malaysia melalui siaran media mereka di Facebook.

https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/posts/pfbid033gM84HCk7rSKgNZGREppiQFRfKZq29RHZk3f2WqYisBpnSc1ktCgfsR995AfQLHyl?ref=embed_post

Telefon pintar ini dikuasakan dengan cipset Exynos 1380 SoC dengan kelajuan 2.4GHz dan dipasangkan bersama konfigurasi 8GB RAM serta 256GB untuk kapasiti storan.

Paparan skrinnya pula adalah Super AMOLED Plus bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080 x 2400 px. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP serta kamera swafoto 32MP.

Kapasiti bateri yang digunakan adalah 6,000mAh dan disertakan sekali dengan pengecasan 25W melalui USB-C.

Walaupun ketersediaan Galaxy M54 5G ini dijual pada harga RM2,099 di mana-mana cawangan Samsung Malaysia, gedung dalam talian Lazada kini menawarkan harga RM1,599 dengan potongan sebanyak 27%.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Malaysia.

beli di Lazada – https://invol.co/clkg4v0

Berkaitan

  • Kabinet Setuju Tukar Lesen Memandu Fizikal Kepada Digital
  • Kad GXBank Hadir Pada Januari 2024
  • "FIFA 24" Kini Sedang Diskaun Lebih RM170
  • Signify Malaysia Menerangi Kampung Orang Asli Di Perak

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY