Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599

Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599

Diterbitkan September 26, 2024 ยท Dikemas kini September 26, 2024 oleh Rushsyafizal

Huawei telah melancarkan tablet andalan terbaharu mereka, Huawei MatePad Pro 12.2, yang kini rasmi di pasaran Malaysia. Tablet ini direka khas untuk pengguna profesional dengan peningkatan ketara dalam perkakasan dan ciri yang lebih canggih.

Huawei MatePad Pro 12.2 menawarkan paparan Dual Tandem OLED PaperMatte yang mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 2000nits, memastikan visual yang jelas walaupun dalam cahaya terang. Teknologi anti-silau pada paparan ini juga menambah keselesaan untuk penggunaan jangka panjang, terutama bagi mereka yang banyak menulis atau melukis.

Dengan sokongan stylus Huawei M-Pencil generasi ketiga, pengguna boleh menikmati pengalaman menulis yang dikatakan hampir menyerupai menulis di atas kertas sebenar.

Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599
Huawei MatePad Pro 12.2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM4,599

Tablet ini turut hadir dengan resolusi 2.8K (1840 X 2800 piksel) dan kadar segar semula 144Hz untuk paparan yang lebih lancar dan tajam, menjadikan MatePad Pro 12.2 pilihan yang baik untuk kreatif profesional serta pengguna yang memerlukan paparan berkualiti tinggi.

Turut dilengkapi dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman, memberikan prestasi pantas dan ruang yang mencukupi untuk aplikasi, fail, dan kerja kreatif.

Sistem operasi HarmonyOS 4.2 yang terdapat pada tablet ini juga menawarkan ciri-ciri berasaskan AI yang inovatif, seperti Celia Document Assistant, AI Writing Tool, AI Tools For Notes yang sangat membantu dalam bidang penulisan.

Ciri menarik yang terdapat pada Huawei MatePad Pro 12.2 adalah aplikasi Go Paint, yang menyediakan lebih daripada 150 jenis berus dan 320 lapisan kanvas, menjadikannya alat ideal untuk pelukis dan pereka grafik. Huawei turut menawarkan fungsi New Batik, ciri eksklusif untuk pasaran Malaysia, yang memberikan pengalaman melukis batik secara digital. Lebih istimewa, aplikasi ini disediakan secara percuma tanpa caj tambahan. Malah, fungsi Batik itu dibangunkan dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dari segi fotografi, tablet ini dilengkapi dengan sistem kamera yang terdiri daripada kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 8MP, dan kamera swafoto 8MP, membolehkan pengguna menangkap gambar berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi.

Turut dilengkapi Bateri sebesar 10,100mAh pada MatePad Pro 12.2 menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C dengan pengecasan berwayar 40W. Pengguna juga akan mendapati papan kekunci serba baharu yang disertakan mempunyai slot tersembunyi untuk menyimpan dan mengecas stylus secara magnetik.

Harga jualan rasmi untuk Huawei MatePad Pro 12.2 adalah RM4,599. Huawei juga menawarkan hadiah prapesan bernilai RM1,847, termasuk Huawei Glide Keyboard, M-Pencil (Powered by Nearlink), dan Bluetooth Mouse secara percuma pembeli terawal.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • Huawei WATCH GT 5, GT 5 Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1099
  • Sony Perkenal Chroma DualSense Dengan Harga RM399
  • Logitech G Perkenal G915 X, Papan Kekunci 'Gaming' Pada Harga Permulaan RM899
  • Logitech G Lancar Tetikus Siri PRO Baharu Dan Papan Kekunci Khas Untuk Atlet E-Sukan

Sumber : Siaran Media HUAWEI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY