HUAWEI MatePad Pro 11 akan mula dijual di Malaysia pada harga RM2,999.
Skrin OLED padanya bersaiz 11 inci dengan kadar segar 120Hz.
Versi Wi-Fi dijana cip Snapdragon 870 dengan padanan 8GB+128GB manakala LTE cip Snapdragon 888 dengan padanan 8GB+256GB.
Model dengan Wi-Fi dijual harga RM2,999 dan LTE pula RM3,699.
Varian LTE menyokong pengecasan pantas 66W tetapi Wi-Fi pula lebih rendah iaitu 40W namun pengecasnya tidak disertakan dalam kotak.
Dua lensa di belakang pula ialah 13MP dan 8MP. Swafoto pula 16MP.
Kedua-duanya menjalankan HarmonyOS 3.
Ia datang dengan tebal 5.9mm, berat 449g bersama bateri sebesar 8300mAh.
HUAWEI MateBook X Pro mula dijual di Malaysia 19 Ogos kelak untuk RM9,999.
Ia menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-11.
Dari sego storan, RAM dipasang dari kilang sebesar 16GB dipadankan dengan storan dalam 1TB SSD.
Paparannya bersaiz 14.2 inci dengan sokongan kadar segar maksimum 90Hz bersama sudut pandang 178°.
Ia dilengkapkan dengan Office Home & Student 2021 demgan sepasang Sound Joy.
Kesemua peranti ini mula dijual secara rasmi bermula 19 Ogos 2022.