Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei matebook x pro

Huawei MateBook X Pro Dengan Intel Core Ultra 9 Dijual Pada Harga RM10,999

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh Amsyar Latif

Huawei MateBook X Pro (2024), sebuah komputer riba dengan berat bawah 1kg (980g sahaja) kini sudah rasmi buat pasaran Malaysia dengan tanda harga bermula RM8,999.

Komputer riba ini dikuasakan cip Intel Core Ultra 7 atau Ultra 9 yang digandingkan bersama GPU Intel Arc, memori 16GB/32GB dan storan dalaman 1TB/2TB.

Ia turut dilengkapi skrin boleh sentuh berukuran 14.2 inci Flexible OLED (3120×2080) berkadar segar semula 120Hz dan nisbah 3:2. Kecerahannya adalah sehingga 1000 nits, menyokong gamut warna Adobe RGB, P3, sRGB dan ketepatan warna △E<1.

Screenshot 2024-05-13 at 4.34.46 PM

Selain itu, ia juga menawarkan I/O 2 thunderbolt 4, 1 USB-C dan togol untuk aktifkan privasi kamera.

Melengkapkannya adalah Wi-Fi 6E, bluetooth 5.3, 6 pembesar suara, 4 mikrofon, pengimbas cap jari di butang kuasa, kamera web 1080p, bateri 70Wh dan sokongan pengecasan pantas 90W.

Dua pilihan warna ditawarkan, iaitu putih dan morandi blue. Dari segi harga, varian Intel Core Ultra 9 adalah berharga RM10,999. Sementara varian paling murah adalah RM8,999.

huawei matebook x pro

Prapesan bermula hari ini, 13 Mei sehingga 24 Mei yang mana pembeli bakal menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM4,582.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY