Huawei telah memperkenalkan dua produk baharu di Malaysia, iaitu HUAWEI MateBook X Pro dan HUAWEI Watch Fit 3 yang akan tersedia pada 13 Mei 2024.
HUAWEI MateBook X Pro didatangkan dengan badan aloi magnesium ultra yang ringan, paparan OLED fleksibel dan dikuasakan cip Intel Core Ultra 7 atau Ultra 9.
Komputer riba ultra-ringan ini memiliki ketebalan hanya 13.5 mm dengan berat bawah 1 kg. Ia juga disokong dengan 16GB/32GB RAM dan sehingga 1TB/2TB storan.
Selain itu, HUAWEI Watch Fit 3 muncul sebagai jam tangan pintar untuk penjejakan kesihatan dan kecergasan. Reka bentuknya segi empat yang mirip peranti Apple Watch.
{suggest}
Antara cirinya adalah hadir dengan lebih 100 mod senaman, pengesanan kitaran haid dan pemantauan tidur.
Peranti ini juga termasuk teknologi pemantauan kesihatan Huawei generasi baharu untuk kadar denyutan jantung dan penjejakan SpO2. Huawei mengatakan jam tangan pintar ini boleh bertahan sehingga 10 hari dengan sekali cas.
Bermula dari 8 Mei hingga 12 Mei 2024, pelanggan boleh melakukan deposit awal dengan RM70 untuk HUAWEI MateBook X Pro, termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM4,582.
Sementara HUAWEI Watch Fit 3, anda berpeluang untuk dapat baucar siapa cepat dia dapat (early bird) RM30 mulai hari ini sehingga 17 Mei. Malah, turut dapat menikmati hadiah percuma yang bernilai RM89.
Beli Huawei MateBook X Pro di – https://invol.co/cll3jbt
Beli Huawei Watch Fit 3 di – https://invol.co/cll3jc2
Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia