HUAWEI MateBook D 15 Habis Dijual Pada Hari Pertama Jualan Di Malaysia

Hadir secara rasmi diperkenalkan pada pasaran tempatan pada 18 Janurai yang lalu, Huawei Malaysia hari ini mengumumkan model MateBook D 15 telah habis dijual pada hari pertama jualan.

huawei matebook d 15

huawei matebook d 15

huawei matebook d 15

huawei matebook d 15

Acara jualan pertama itu telah dilangsungkan di empat lokasi berbeza iaitu IOI City Mall, Sunway Pyramid, Queensbay Mall dan Imago Mall, Sabah.

customer huawei matebook d 15

Salah seorang pembeli terawal, Darren Chin telah berbaris pada hari pelancaran seawal 6 pagi pada 18 Januari 2020. "Saya beratur untuk pra-pesanan di IOI City Mall, Putrajaya sejak jam 6 pagi. Saya adalah seorang guru, jadi komputer riba sangat penting untuk saya. Komputer riba saya mengalami kerosakan baru-baru ini dan ketika itu saya dapati tentang MateBook D 15. Dengan serta-merta saya tertarik dengan ciri-cirinya dan berhasrat untuk mendapatkannya''.

Selain itu, Huawei MateBook D 15 dijual pada harga RM 2,499, pelanggan juga dapat menerima hadiah percuma bernilai RM 1,287 yang terdiri daripada Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth dan Huawei Freebuds 3.

Untuk pasaran luar China, Malaysia adalah negara pertama yang menerima komputer riba Huawei MateBook D 15 ini. Komputer riba ini didatangkan dengan hanya satu warna sahaja iaitu Mystic Silver. Bahagian dalaman pula dilengkapkan dengan 8GB RAM, 256GB SSD dan 1TB HDD. Ia juga menawarkan tiga port USB (1x USB 3.0 dan 2x USB 2.0), sebuah bicu set kepala 3.5mm dan port HDMI.