OPPO A91 hadir dengan skrin FHD+ AMOLED yang bersaiz 6.4 inci dengan resolusi 2400 x 1080. Dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 untuk memastikan skrin mendapat sedikit kesan calar dan melindungi bahagian dalaman skrin paparan sekiranya peranti terjatuh.
Peranti seberat 172g ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P70.
Untuk rakaman gambar, OPPO A91 didatangkan dengan 4 lensa yang terdapat pada kamera bahagian belakang iaitu 48MP+8MP+2MP+2MP.
Di bahagian kamera hadapan pula dilengkapi dengan 16MP. Selain itu, peranti ini memuatkan dengan 128GB ruang memori dan RAM 8GB dan hanya ditawarkan dengan satu warna sahaja iaitu Lightening Black.
Siri A yang terbaru ini turut menyertakan bayeri yang berkapasiti 4025mAh dengan sokongan pengecasan 20W VOOC 3.0. Peranti ini mampu mengecas 50% dengan hanya 30 minit.
OPPO A91 boleh didapati di kedai atas talian OPPO dan platform e-dagang Shopee dan Lazada pada harga RM 999.
Pelanggan yang mendapatkan telefon pintar OPPO A91 pada 18 Mac jam 7 petang ke atas, berpeluang untuk mendapat peranti tersebut dengan harga RM 899 (jimat RM 100) dan beg eksklusif OPPO secara percuma. Tawaran ini diatawarkan di platform Lazada bersempana ulang tahun Lazada bermula 18 sehingga 26 Mac.
Berkaitan
- Beberapa Restoran Di Malaysia Terima 'Panda Champ Awards' Dari Foodpanda
- Vivo Mencapai Pertumbuhan Sebanyak 41% Pada Pasaran Malaysia
- Vivo Malaysia Sumbang Cecair Pembersih Tangan Kepada Orang Ramai
- Huawei Mate Xs Ditawarkan Di Malaysia - Harga RM 11,111 Dijual Bermula 20 Mac 2020
- Kerajaan Membangunkan Aplikasi Mengesan Pergerakan Rakyat Malaysia
- Vivo Malaysia Bakal Melancarkan Vivo V19 Di Pasaran Tempatan Pada Mac Ini
- Samsung Malaysia Membuka Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dengan Harga RM 5,888 Pada Hari Ini Sahaja
- Vivo Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Buat Rakyat Malaysia
- Canon Menawarkan ImageCLASS Printer, PIXMA Siri G Printer dan Wireless Presenters Di Malaysia
- MagicBook Dan HONOR 9X Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia