MateBook 13 mempunyai skrin 13 inci IPS dengan resolusi tinggi 2K (2160x1440), nisbah 3:2 dan bezel nipis.
Berat hanya 1.3kg, ia memuatkan bateri berkapasiti 42Wh. Komputer riba turut menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C.
MateBook 14 pula menawarkan resolusi sama 2K (2160x1440), juga nisbah 3:2 namun dalam skrin sedikit besar 14 inci.
Baterinya juga lebih besar dengan 56Wh dengan pengecasan 65W USB-C. Berat MateBook 14 adalah 1.49kg.
Kedua-dua MateBook 13 dan 14 hadir dengan RAM 16GB DDR4 2666MHz serta storan dalaman 512GB berasaskan SSD.
Kedua-duanya juga hadir dalam varian cip sama ada Rzyen 5 4600H ataupun Ryzen 7 4800H.
Di China, MateBook 13 dipasarkan bermula 4,599 Yuan (~RM2,776) manakala MateBook 14 pula dengan harga permulaan 4,999 Yuan (~RM3,018).
Sumber: Huawei Central
Berkaitan
- Microsoft Diberi Lesen Untuk Kembali Berdagang Dengan Huawei Selepas 6 Bulan Lamanya Disekat
- Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Dijangka Terus Menjunam Untuk Tahun 2021
- Siri Huawei P40 Dilancarkan - 3 Model Baharu Penawaran Huawei Yang Memfokuskan Fotografi
- Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 - Lebih Murah Berbanding Watch GT 2
- Reuters: Pelancaran Awal Samsung Galaxy S21 Bertujuan Untuk Mengaut Pasaran Telefon Pintar Huawei
- AMD Umum 3 CPU Berkuasa Baharu Di Bawah Siri Ryzen 3000 XT
- HONOR V40 Dijangka Jadi Telefon Pertama Dengan Servis Google Selepas Dijual Huawei
- AS Setuju Untuk Halang Syarikat Pengeluar Cip TSMC Daripada Berurusan Dengan Huawei
- Huawei Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 Di Malaysia - Akan Mula Dijual 7 Februari Ini
- iPhone 12 Mini Dilaporkan Akan Guna Varian Cip A14 Bionic Yang Sedikit Lemah