Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 60 Pro_2

Huawei Mate 60 Pro Dilapor Tidak Akan Dilancar Untuk Pasaran Global

Diterbitkan Ogos 31, 2023 · Dikemas kini Ogos 31, 2023 oleh Amalina Athman

Dua hari lepas, Huawei diam-diam telah memperkenal Mate 60 Pro untuk pasaran China, walaupun acara pelancaran belum diadakan secara rasmi. Bagi yang tertanya jika ia akan tersedia untuk pasaran global, jawapannya mungkin tidak.

Menurut laporan Android Authority, Huawei mengesahkan syarikat itu tidak merancang untuk melancarkan Mate 60 Pro di luar pasaran China.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit
  • Antutu Sahkan Kirin Kembali, Dipasang Pada Huawei Mate 60 Pro

Terdahulu, Huawei Mate 60 Pro diperkenal dengan membawakan memori 12GB RAM, storan dalaman sehingga 1TB serta tetapan tiga kamera, termasuk lensa telefoto. Belum diketahui secara rasmi mengenai cip yang dimuatkan pada peranti ini, namun penyenaraian di AnTuTu mengesahkan ia menggunakan Kirin 9000s.

Apa yang menarik, Mate 60 Pro menjadi telefon pertama di dunia yang menyokong panggilan melalui satelit, selain mesej.

Dengan penawaran sedemikian, walaupun tanpa integrasi Google, sayang sekali ia tidak tersedia untuk pasaran global. Untuk model standard Mate 60, tidak diketahui jika ia turut menerima nasib yang sama atau sebaliknya.

Jika anda mahu beli peranti daripada Huawei Malaysia, boleh ke laman jualan rasmi mereka di Shopee atau Lazada.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY