Huawei Mahu Bangunkan Telefon Dengan Empat Kamera Utama, 10x Zoom Optikal

Selepas menjadi pemangkin dalam penghasilan telefon pintar dengan kamera utama tiga lensa sebelum ini, Huawei kini dilaporkan sedang merancang untuk membangunkan peranti dengan empat kamera utama pula.

Samsung menjadi pengeluar pertama yang menghasilkan peranti dengan ciri tersebut melalui Samsung Galaxy A9(2018) yang dilancarkan bulan lepas. Bagaimanapun, peranti berkenaan bukanlah sebuah telefon kelas perdana.

Kapsyen: Spesifikasi kamera Galaxy A9(2018)


Ia berbeza dengan apa yang dirancang oleh pihak Huawei. Menurut laporan, Huawei mahu membekalkan kekuatan dalaman seperti sistem cip terkini, ruang memori yang besar dan lain-lain spesifikasi premium pada peranti empat kamera mereka itu nanti.

Selain itu, salah saru daripada sensor kamera peranti tersebut akan dibekalkan dengan kebolehan untuk melakukan sehingga 10x pen-zoom-an optikal. Untuk rekod, Huawei Mate 20 Pro dan P20 Pro boleh melakukan 3x zoom optikal manakala Samsung Galaxy A9(2018) pula 2x zoom optikal.

Dalam pada itu, Huawei tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai ramalan tarikh pelancaran atau nama bagi telefon tersebut memandangkan ia masih lagi diperingkat kajian.

 

Sumber: AndroidPIT