Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sabrina huawei mwc 23 5g

Huawei Jangka Ada 5 Bilion Pengguna 5G Seluruh Dunia Pada Tahun 2030

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Huawei menjangkakan terdapat 5 bilion pengguna 5G pada tahun 2030 kelak berbanding 1.5 bilion pengguna dalam 2023.

Ketua Pegawai Kewangan Sabrina Meng Wanzhou berkata teknologi itu sudah digunakan secara komersial di seluruh dunia selama 4 tahun.

sabrina huawei mwc 23 5g

Beliau juga ialah anak perempuan Ren Zhengfei iaitu pengasas Huawei.

“Ia bukan hanya menghubungkan pengguna dengan lebih baik tapi juga mencipta peluang perniagaan baharu dengan sokongan bersasar untuk industri seperti IoT, sensing dan pembuatan yang lebih maju,” tambah Sabrina dalam ucaptama bertajuk Embracing 5G Transformation di MWC Shanghai.

Berkaitan

  • Huawei Dilapor Sedang Berusaha Untuk Terlibat Dalam Pelaksanaan 5G Di Malaysia
  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Sudah Sokong 5G Malaysia Setakat 22 Mei 2023
  • CelcomDigi: 5G Booster Percuma Bagi Pascabayar Diteruskan, Prabayar Dikenakan Caj
  • MRANTI Lancarkan 5G Experience Centre, Jemput Pihak Berminat Guna Prasarananya
  • Huawei Nafi Qualcomm Akan Bekalkan Cip 5G
  • Telco Bakal Umum Berita Gembira Berkaitan 5G Hujung Bulan Ini - Fahmi

Bercakap tentang 5G dan Huawei, kesemua telefon jenama itu tidak menyokong 5G termasuklah siri terbaru P60 akibat daripada sekatan kerajaan AS terhadap pembekal cip seperti Qualcomm.

Di Malaysia, kita bergelut dengan drama 5G yang berpanjangan tahun ke tahun akibat ketidaksepakatan pihak terlibat.

huawei 5g qualcomm

Kerajaan di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim akhirnya memuktamadkan Malaysia untuk menggunakan rangkaian 5G kedua selepas DNB selesai dengan 80% liputan hujung tahun ini.

Nama Huawei juga sering dikaitkan sebagai penyedia 5G di Malaysia namun Kerajaan mengatakan kontrak untuk rangkaian kedua masih belum dimuktamad.

Sumber: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY