Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 1

HUAWEI Experience Store Dibuka Di Suria KLCC, Tawar Diskaun Sehingga RM2,600

Diterbitkan Oktober 8, 2026 oleh Amsyar Latif

Huawei Malaysia mengumumkan pembukaan HUAWEI Experience Store baharu di Suria KLCC, Kuala Lumpur, dengan pelbagai promosi dan aktiviti khas yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Oktober 2026.

Bersempena pembukaan tersebut, Huawei menawarkan penjimatan sehingga RM2,600 serta hadiah percuma dengan jumlah nilai sehingga RM38,000 sepanjang hujung minggu berkenaan.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM499 dalam satu resit berpeluang memenangi hadiah termasuk HUAWEI MatePad 12.2, HUAWEI Pura 80 Ultra dan HUAWEI WATCH GT 5 Pro.

IMAGE 4

Sementara itu, pelanggan yang berbelanja RM888 atau lebih dalam satu resit boleh menebus pek hadiah edisi terhad.

Selain promosi pembukaan, kumpulan lelaki tempatan ALPHA dijadualkan membuat penampilan khas pada 11 Oktober 2026 untuk sesi bertemu peminat. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan baucar khas dan poster eksklusif ALPHA.

Kedai baharu ini menempatkan pelbagai produk Huawei termasuk telefon pintar, jam tangan pintar, tablet dan peranti audio yang boleh dicuba sendiri oleh pengunjung.

Antara produk yang diketengahkan ialah siri HUAWEI WATCH GT 7, yang menawarkan bateri sehingga 21 hari serta fungsi penilaian risiko diabetes menerusi inisiatif penyelidikan bersama Universiti Malaya.

Sempena promosi, HUAWEI WATCH GT 7 Series boleh dibeli pada harga bermula RM1,099 selepas rebat RM100, dengan tambahan diskaun 10% melalui SPayLater serta hadiah dan manfaat bernilai sehingga RM713.

HUAWEI Experience Store baharu ini terletak di Aras 3, Lot 325, Suria KLCC dan kini dibuka kepada orang ramai.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY