Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Diterbitkan September 20, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Seperti yang dinanti-natikan bagi peminat kamera aksi, GoPro telah melancarkan secara rasminya drone pertama dari mereka yang bernama The Karma. The Karma yang rancak dibicarakan oleh penggemar gajet sejak awal tahun ini tampil dengan rekaan boleh lipat dan design quadchopter. Ianya akan didatangkan bersama Alat kawalan jauh yang mempunyai paparan skrin sentuh dan pemegang kamera untuk fungsi stabilizer yang boleh di laras. (lihat gambar di bawah)

Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Karma sebenarnya bukanlah sekadar drone biasa. Drone pertama dari GoPro ini mempunyai 3 kombinasi peranti, Quadcopter, Alat Kawalan Skrin Sentuh, dan Stabiliser. Stabiliser yang boleh laras berupaya memberi variasi camera angle sewaktu merakam video atau menangkap gambar. Stabliser tersebut boleh di dibuka dari badan drone dan boleh digunakan dengan tangan. Ianya juga boleh dilekatkan di dada.

Dari segi prestasi, Karma mempunyai kelajuan maksimum sebanyaj 54km/h dan mempunyai jarak kawalan hampir 1 km dan penerbangan selama 20 minit. Yang menarik tentang drone Karma ini ialah alat kawalan jauhnya. Berbanding drone DJI Phantom, anda tidak perlu menggunakan telefon pintar anda. Karma mempunyai alat kawalan jauh yang mempunyai skrin sentuh dan berfungsi sebagai paparan imej atau rakaman dari kamera aksi GoPro.

GoPro juga membina aplikasi Passenger dimana ianya boleh dikawal oleh orang kedua/penumpang semasa dalam penerbangan.

Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan

GoPro berharap Karma akan menjadi peranti utama di dalam arena drone di dunia dengan mengetengahkan ciri boleh lipat. DJI juga dikatakan mahu mengeluarkan drone boleh lipat pada minggu hadapan.

Dari segi harga, drone Karma ini dijangka akan mencecah RM 5,000 selepas masuk ke pasaran Malaysia. Lebih murah berbanding Phantom 4 dan lebih kurang sama dengan Yuneec Typhoon H.

All images: GoPro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY