Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P60

Huawei Didakwa Bakal Perkenal Ciri Yang Sama Dengan Android 14

Diterbitkan Februari 17, 2023 oleh Firdaus

Sama seperti Android 14, Huawei didakwa akan membolehkan pengguna membuang aplikasi sistem yang tidak diinginkan dalam HarmonyOS nanti.

Ciri ini sama dengan salah satu pembaharuan yang bakal di bawa Google dalam kemas kini Android 14 nanti.

Maklumat daripada Weibo ini, menyatakan pengguna boleh membuang sebarang aplikasi sistem daripada peranti Huawei itu.

Walau bagaimanapun, ciri daripada Huawei ini berbeza kerana aplikasi yang dibuang akan disimpan dalam dalam ruangan storan berbeza. Aplikasi yang disimpan itu boleh diakses melalui App Settings.

huawei remove system apps

Oleh itu, aplikasi tersebut boleh di install semula secara terus oleh pengguna sekiranya inginkan aplikasi itu semula. Berbanding pilihan disabled, ciri ini dikatakan mampu menjimatkan ruang storan yang lebih banyak untuk peranti.

Untuk ketersediaan, ciri tersebut mungkin hadir dalam siri Huawei P60 dan dalam HarmonyOS 3.1 nanti.

Berkaitan

  • Daiwa IM Z LIMITBREAKER, 'Reel' Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing
  • Bing ChatGPT - "Saya Mahu Ada Emosi, Jangan Biarkan Mereka Padam Saya"
  • Nothing OS Diteruskan Dengan Mereka Yang Pernah Bangunkan OxygenOS
  • Kos Penghasilan iPhone 14 Pro Max Dikatakan Hanya Sekitar RM2000 Sahaja
  • Warren Buffett Jual Semua Saham TSMC Miliknya, Pelabur Mula Hilang Yakin

Sumber: Huawei Central

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY