Dari segi spesifikasi, U Ultra memiliki paparan skrin berukuran 5.7 inci bersama paparan QHD dan skrin kedua dengan 160 x 1040 pixel berukuran 2.05 inci. Disinilah fungsi Sense Companion akan berinteraksi sebagai pembantu anda. Rekaan 2 panel skrin ini pertama sekali diperkenalkan oleh LG dengan LG V20 pada tahun lepas.
Di dalam telefon ini dimuatkan dengan Snapdragon 821, sedikit mengecewakan kerana sebelum ini ura-ura mengatakan HTC bakal menggunakan Snapdragon 835. Ianya hadir dengan RAM bersaiz 4GB bersama pilihan storan 64GB dan 128 GB. Terdapat juga ruang kad microSD jika anda mahu membesarkan lagi storan.
HTC U Ultra menggunakan sensor kamera dari HTC 10 iaitu 12-Megapixel unit Ultrapixel bersama f/1.8. Dan harus diberikan pujian kerana HTC memasukan fungsi penstabilan imej untuk model U Ultra ini. Yang lain tentang kamera U Ultra ini adalah penambahan fungsi 'phase detection'.
Di kamera hadapan pula anda akan dihidangkan dengan kamera 16-Megapixel. Wow. Tapi kena ingat, sensor besar tak semestinya bagus.
Apa yang mengecewakan adalah kapasiti bateri 300mAh. Walaupun ketika ini 300mAh adalah kapasiti bersaiz sederhana, dikhuatiri ianya akan cepat kering dek fungsi yang pelbagai tambahan pula dengan dua panel skrin. HTC sememangnya dikenali dengan telefon premium yang lemah dari segi keupayaan bateri.
Kejutan terbesar dari HTC adalah untuk tidak menggunakan rekaan 3.55 jack. HTC tampil dengan teknologi mereka sendiri iaitu USonic Technology yang dimuatkan didalam fon telinga tanpa wayar khas dari HTC. Mereka mendakwa pengguna akan mendapat pengalaman yang lebih menakjubkan.
HTC U Ultra bakal dijual dengan harga $749(RM 3339.04) di pasaran US
Sumber: The Verge, India Today, Gadget 360
Berkaitan
- Honor Note 10 Dilancarkan Secara Rasmi 31 Julai Ini
- 3 Langkah Untuk Memperbaiki Signal Wi-Fi Anda
- Huawei P20 Pro Sudah Mula Nikmati Teknologi GPU Turbo
- Spesifikasi Asus Zenfone Max Pro M1 Didedahkan Menjelang Pelancaran
- SKMM Di Gesa Mengambil Tindakan Terhadap Bigo Live, Aplikasi Pelacuran Di Media Sosial
- Ciri Facebook Watch Diumumkan Hari Ini- Pesaing Kepada YouTube
- Facebook Sedang Menguji Ciri Instant Video - Jimatkan Data Internet Untuk Tonton Video
- U Mobile Tamatkan Perjanjian Perkongsian Jaringan Bersama Maxis
- 6 Produk Apple Yang Gagal.
- Russia Minta Apple Bawa Keluar Aplikasi Telegram Daripada App Store