3 Langkah Untuk Memperbaiki Signal Wi-Fi Anda







Wi-Fi hanyalah sejenis gelombang radio, banyak perkara yang akan menganggu kualiti Wi-Fi anda. Signal Wi-Fi yang kuat akan memberikan kualiti dan kawasan coverage yang lebih elok. Jadi ianya sangat penting untuk memastikan router anda berada di posisi yang betul.



Letak Antena Menghala ke Atas

Router secara amnya mempunyai antena yang boleh diubah. Antena selalunya berada di posisi melintang sewaktu berada di dalam kotak. Untuk memaksimumkan keupayaan signal Wi-Fi, anda harus menegakkan antena ke atas. Jika anda mempunyai dua antena, anda tidak akan mendapat kualiti signal yang bagus jika anda meletakkanya berada di dalam dua arah yang berbeza. Letakkan kedua duanya menghala ke atas.



Letakkan Router Anda Di Posisi Yang Betul

Jika anda mempunyai rumah yang besar atau ofis, letakkan router di tengah kawasan. Jika anda letakkan router di hujung banggunan, anda mungkin akan mendapat signal yang lemah atau tiada signal. Jika anda mendapat signal yang kuat walaupun di posisi hujung banggunan, biarkan dan tidak perlu mengubah posisi lagi. Untuk signal yang maksimum, anda juga perlu meletakkan router di tempat yang tinggi. Meletakkan router anda di atas lantai sangatlah tidak membantu. Jangan letakkan router anda berdekatan dengan besi. Besi adalah sejenis material yang mampu menghalang signal Wi-Fi. Selain dari itu, telefon rumah yang mempunyai 2.4 GHz juga boleh menyebabkan gangguan signal Wi-Fi anda.









Pilih Saluran Wi-Fi Yang Paling Terbaik

Jika anda berada dikawasan perumahan yang mempunyai pelbagai rangkaian Wi-Fi, Wi-Fi jiran anda mungkin adalah sebab kenapa sambungan Wi-Fi anda terganggu. Anda boleh mengubah posisi router anda ke tempat yang jauh dari kedudukan router jiran anda. Contohnya jiran anda meletakkan routernya disebelah dinding rumah anda, letakkannya di tempat yang lain. Di khuatiri kedua dua router yang berada bersebelahan akan menganggu signal Wi-Fi. Anda juga boleh memuat turun aplikasi signal Wi-Fi yang akan membantu anda meletakkan router anda di posisi yang betul untuk kualiti yang maksimum. Selamat mencuba.