HTC Bakal Memperkenalkan Inovasi Baru Pada HTC Ocean Yang Akan Mengejutkan Semua

Malam ini kita bakal menyaksikan flagship yang ditunggu-tunggu Samsung Galaxy S8 membuat penampilan rasminya. Dengan konsep skrin bezeless dan cip pemproses 835 yang power tu semestinya bakal merubah corak pasaran telefon pintar ketika ini. Tetapi jangan terkejut jika tahun ini kita dapat saksikan bagaimana jenama underdog dijulang-julang seperti Huawei P9, OnePlus 3 dan beberapa barisan model telefon dari Xiaomi.

Tahun ini HTC dijangka akan memperkenalkan sebuah inovasi baru yang pada duluya hanyalah sebuah rekaan konsep. Flagship dari HTC ini seperti telefon yang lain, juga bakal mengetengahkan paparan skrin besar 5.5, Nougat 7.0, cip 835 dan sebagainya, namun apa yang membezakan peranti ini adalah sistem dalamanya.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=hraVoqlowJU[/embed]

HTC akan memperkenalkan sistem operasi Sense 9 yang berwajah baru. Antara yang menarik tentang sistem operasi ini  ialah ciri Edge Sense yang membenarkan pengguna mengawal pelbagai tugas dengan rekaan antaramuka yang sangat futuristik.

Ianya menggunakan teknologi Touch Sensitive Frame. dimana pengguna dapat memberi input dengan menyentuh badan telefon sahaja tanpa perlu menyentuh langsung skrin sentuh ! Mereka meletakan sensor di bahagian tepi frame peranti, hanya pegang telefon dan paparan akan hidup dengan sendiri.

Sila lihat video untuk lebih memahami apa yang saya perkatakan.

[embed]http://https://www.youtube.com/watch?v=HfKtSsnb7oI[/embed]

Sumber