Hotlink Tawar Pakej Pasca Bayar Serendah RM30 Sebulan

Hotlink hari ini memperkenalkan pelan Hotlink Postpaid Flex, pakej pasca bayar baru yang menyediakan perkhidmatan media, chat, dan juga muzik.

Bermula dari pelan asas yang berharga RM30 sebulan, pelanggan akan menikmati panggilan dan SMS tanpa had kesemua rangkaian disamping data internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB.



Tidak cukup dengan itu, pelan ini turut menawarkan pakej tambahan mengikut kemahuan seperti dalam foto dibawah.

  • Chat - RM 5 (Data tanpa had untuk Spotify, Joox, Saawn, dan Smule)

  • Sosial -  RM 10 (Data tanpa had untuk Facebook, Instagram, Snapchat, Pinterest dan Twitter)

  • Muzik - RM 10 (Data tanpa had untuk WeChat, WhatsApp, LINE, IMO, QQ IM)




Untuk internet berkelajuan tinggi tambahan, pelanggan boleh melanggan data 5GB pada harga RM25 atau RM 5 untuk 1GB/sehari.

Ia juga didatangkan dengan aplikasi khas yang boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS.

Sumber: Vernonchan via WTN.Today