League of Legends Akan Dibawa Ke Platform Telefon Pintar Dan Konsol

Kita tidak boleh sangkal lagi penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat turut sama menjadikan pasaran permainan mudah alih semakin meriah. Jika suatu ketika dahulu permainan video menarik hanya terhad dimainkan pada platform komputer, kini penawarannya kian berkembang untuk pengguna peranti mudah alih.

Cukup popular dimainkan pengguna komputer, perkhabaran terbaru menyatakan League of Legends (LOL) bakal dibawa masuk untuk platform mudah alih serta konsol menerusi League of Legends: Wild Rift.

Menurut pembangun permainan, Riot Games, LOL versi mudah alih ini sebahagian besarnya akan menyerupai versi komputer, namun diberikan sedikit perubahan seperti ciri kawalan, peta baru serta pertarungan lebih singkat iaitu sekitar 15 hingga 20 minit dan ini semua bertujuan untuk menyesuaikannya pada platform yang baru nanti.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=49&v=e2TZAAQmGho

Dijangka pelancaran League of Legends: Wild Rift akan dibuat pada 2020, pra-pendaftaran untuknya sudah dibuat melalui Google Play. Sementara itu bagi versi konsol pula belum dapat dipastikan lagi.