Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hospital Taiping Antara Yang Pertama Di Dunia Dilengkapi Mesin X-Ray

Posted on Disember 12, 2025

Mesin X-ray merupakan salah satu peralatan perubatan paling penting dalam dunia diagnostik moden yang mencetuskan revolusi dalam dunia perubatan.

Teknologi ini menggunakan sinaran elektromagnet untuk menembusi tisu badan, membolehkan doktor melihat struktur dalaman seperti tulang, organ dan rongga dengan jelas tanpa melakukan pembedahan.

Dalam bidang perubatan, X-ray banyak digunakan untuk mengesan patah tulang, jangkitan paru-paru seperti pneumonia, menyemak kedudukan implan, serta mengenal pasti ketumbuhan awal.

Tapi tahukah anda bahawa teknologi mesin X-ray hanya bermula pada 8 November 1895 apabila ahli fizik Jerman, Wilhelm Conrad Röntgen menemui satu bentuk sinaran baharu ketika menjalankan eksperimen dengan tiub katod.

Sinaran tersebut mampu menembusi objek pepejal dan menghasilkan bayangan pada plat fotografi.

Disebabkan sifatnya yang misteri, beliau menamakannya sebagai “X-ray”—dengan huruf X merujuk kepada sesuatu yang tidak diketahui.

Imej X-ray di sebelah kiri adalah imej X-ray pertama menampilkan tulang dan cincin di tangan isteri Röntgen yang diambil pada 1895.
Pada tahun 1901, Röntgen dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik yang pertama “sebagai pengiktirafan terhadap khidmat luar biasa yang telah beliau sumbangkan melalui penemuan sinar X. Setiap tahun pada 8 November, komuniti saintifik mengenang Röntgen dengan Hari Radiologi Sedunia: Hari Antarabangsa Radiologi.

Hospital di Malaysia pula mula menerima mesin X-ray seawal tahun 1897  apabila mesin X-ray pertama di Malaysia telah ditempatkan di Hospital Taiping pada 3hb. Februari 1897.

Malah Hospital Taiping menjadi hospital pertama di Asia Tenggara dilengkapi mesin ini, sekali gus menjadikan Malaysia antara yang terawal di dunia menggunakan mesin X-ray.

Pada tahun yang sama juga mesin X-ray telah dihadiahkan kepada Hospital Ipoh sempena perayaan Jubli Intan Queen Victoria.

Kemudian, mesin X-ray dipasang di Rumah Sakit Umum Kuala Lumpur dan Rumah Sakit Umum Pulau Pinang pada tahun 1910 dengan seterusnya di Hospital Seremban (1927).

Mesin X-ray mula digunakan secara meluas pada tahun 1896 dalam hospital untuk mengesan patah tulang tanpa pembedahan, menjadikannya salah satu inovasi perubatan terpantas diterima pakai di seluruh dunia.

Cara sinar-X diambil sekitar tahun 1896.

Kemajuan teknologi turut melahirkan sistem X-ray digital yang menawarkan resolusi lebih tinggi, proses lebih pantas dan pendedahan radiasi yang lebih rendah.

Selain perubatan, mesin X-ray digunakan dalam keselamatan lapangan terbang, pemeriksaan industri, serta analisis bahan dalam bidang penyelidikan.

Dengan kemampuan memberi gambaran tepat dan segera, mesin X-ray terus menjadi alat diagnostik utama yang menyokong rawatan tepat dan efisien.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress