Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hospital Di Malaysia Menggunakan Robot Pembersih Lantai Ciptaan Anak Tempatan

Hospital Di Malaysia Menggunakan Robot Pembersih Lantai Ciptaan Anak Tempatan

Diterbitkan Februari 21, 2022 · Dikemas kini Februari 21, 2022 oleh ariff bukhari

Menerusi syarikat Ideasparq Robotics Sdn Bhd (Ideasparq Robotics), sekumpulan anak tempatan telah berjaya membangunkan robot pembersih lantai buatan Malaysia pertama.

Robot yang dibangunkan sepenuhnya oleh tangan anak tempatan ini telah pun mula berkhidmat di hospital-hospital di Malaysia.

Jadi dengan penggunaan robot berteknologi ini, ia tidak memerlukan penglibatan tenaga kerja manusia yang ramai sekaligus menjadikan kerja-kerja pembersihan lebih efisien di hospital.

Antara ciri-ciri utama yang ada pada robot pembersih lantai (Autonomous Floor Scrubber) ini adalah ia dikuasakan oleh bateri yang membolehkan robot ini beroperasi sehingga 4 jam.

Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar, boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh serta dilengkapi dengan teknologi sensor Lidar dan kamera 3D.

Sebagai sebuah syarikat penyedia solusi robotik, Ideasparq Robotics juga turut membangunkan beberapa robot lain khusus untuk digunakan dalam industri kesihatan seperti Medisparq Spray, Medisparq Deliver, Medisparq Fogger dan Medisparq Violet.

Sumber: Bernama, Ideasparq

Baca juga:

  • Robot STAR Boleh Lakukan Pembedahan Tanpa Bantuan Manusia
  • Robot Pintar Mula Bertugas Agih Air Zamzam Kepada Jemaah Haji
  • YouTuber Russia Berjaya Menghasilkan Pedang Cahaya Boleh Retrak Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY