Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR X9c_1

HONOR X9c 5G Percuma Di ‘Telco’ Ini

Diterbitkan November 25, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR X9c 5G kini lebih mudah dimiliki, telefon pintar dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh ini boleh didapati secara PERCUMA melalui pelan pascabayar eksklusif Maxis, U Mobile, dan YES.

Dengan harga asal RM1,699, ini adalah peluang terbaik untuk anda memiliki telefon pintar ini. Berikut adalah pelan yang ditawarkan melalui Pelan Pascabayar HONOR X9c 5G

jpeg-optimizer_HONOR X9c 5G Maxis
jpeg-optimizer_HONOR X9c 5G U Mobile
jpeg-optimizer_HONOR X9c 5G Yes

Maxis Postpaid 139

  • Nikmati HONOR X9c 5G secara PERCUMA dengan kontrak 24 bulan.
  • Jimat RM1,699 Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Maxis

U Mobile U Postpaid 128

  • Dapatkan HONOR X9c 5G secara PERCUMA dengan kontrak selama 24 bulan
  • Kunjungi laman sesawang U Mobile untuk info lanjut

YES Infinite+ Standard

  • Langgani dengan RM88/sebulan selama 36 bulan untuk mendapatkan HONOR X9c 5G secara PERCUMA
  • Termasuk perayauan 5G tanpa had di Singapura
  • Maklumat lanjut tersedia di laman sesawang YES

Polisi Jaminan Tiga Tahap dimana peranti ini hadir dengan pelan jaminan bernilai RM897 yang menyokong penggantian retak depan & belakang 365 Hari, penggantian satu sama satu 180 hari untuk isu perkakasan dan jaminan bateri 36 Bulan untuk kapasiti kesihatan bateri di bawah 80%.

Peranti ini dilengkapi paparan OLED 6.78 inci yang memberikan keselesaan mata melalui pemalapan PWM 3840Hz serta kecerahan HDR sehingga 4,000 nits. Ia turut dikuasakan dengan bateri Karbon Silikon berkapasiti 6,600mAh memastikan ketahanan sepanjang hari dan menyokong pengecasan pantas 66W menawarkan ketahanan dengan perlindungan kalis jatuh, air, dan calar yang diiktiraf oleh SGS.

Kamera utama 108MP dengan OIS dan ciri AI membolehkan pengguna menangkap gambar luar biasa walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Ciri AI baharu seperti Magic Portal, AI Eraser, AI Blur Privacy, dan Parallel Space menjadikan penggunaan peranti lebih cekap. Selain itu, sistem dwi pembesar suara menghasilkan audio 300% lebih kuat untuk pengalaman hiburan yang lebih imersif.

Ia ditawarkan pada harga RM1,499 untuk storan 12GB+256GB. Manakala untuk storan 12GB+512GB berharga RM1,699.

jpeg-optimizer_HONOR X9c 5G CelcomDigi coming soon (1)
jpeg-optimizer_HONOR X9c 5G RedOne Coming Soon

Ia tersedia dalam tiga warna iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black. Bermula bulan depan, ia juga boleh didapati melalui CelcomDigi dan RedOne.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu - JPJ
  • Indonesia Mahu Pelaburan Lebih Besar Untuk Tarik Larangan Jualan iPhone 16
  • [Kemas Kini] Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer, DuitNow QR Ke Bank Lain Tergendala Sementara Waktu
  • Bank Islam Sedang Alami Isu Teknikal, Pengalaman Perbankan Mungkin Terganggu

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY