HONOR Lancar Siri Magic4 - Rupa Nampak Sama Tapi Lebih Berkuasa

HONOR kini telah memperkenal dua telefon pintar baharu mereka, Magic4 dan Magic4 Pro semasa acara Mobile World Congress (MWC) 2022 yang baru sahaja berlangsung bermula hari ini. Siri tersebut menerima naik taraf yang banyak juga berbanding pendahulunya, siri Magic3.

Sekiranya siri Magic3 belum cukup menawan hati, Magic4 dan Magic4 Pro kini tampil jauh lebih berkuasa kerana kemampuan kameranya.

Melihat secara keseluruhan, kedua-dua peranti tersebut berkongsi persamaan dari segi spesifikasinya dan dua sahaja perbezaan.

Bermula dengan kamera, HONOR mengekalkan rupa modul seperti mana peranti terdahulu. Kata mereka, modul yang dinamakan The Eye of Muse itu bakal menjadi rekaan ikonik buat peranti HONOR.

Kapsyen: Magic4 Pro


Perbezaan pertama adalah tetapan kameranya. Terdapat tiga lensa belakang bagi Magic4 dan Magic4 Pro. Model Pro hadir dengan 50MP utama, 50MP ultra lebar, 64MP (zum digital 100x) periskop dan sensor dTOF yang membantu dalam pemfokusan dan kualiti gambar. Sementara model standard, 50MP utama, 50MP ultra lebar dan 8MP (zum 50x) periskop. Manakala dwi-lensa 12MP bagi varian Pro dan lensa tunggal buat varian standard.



Kapsyen: Magic4


Perbezaan kedua adalah bekalan bateri serta sokongan pengecasan. Model standard dimuatkan bateri 4800mAh dengan pengecasan 66W. Bagi model Pro, bateri hanya 4600mAh tetapi menyokong pengecasan 100W dan juga tanpa wayar.



Lain-lain persamaan ialah dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin melengkung 6.81 inci LTPO OLED dengan sokongan 120Hz serta kecerahan sehingga 1000 nits, memori hingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB, pembesar suara stereo, 5G, NFC dan menjalankan Magic UI 6.0 berasaskan Android 12.

Magic4 ditawarkan dalam 4 pilihan warna - Black, Cyan, Gold dan White. Sementara Magic4 Pro pula hadir dengan satu warna lebih, iaitu Black, Cyan, Gold, Orange dan White.

HONOR meletakkan tanda harga bermula €899 (~RM4231) bagi Magic4 dan Magic4 Pro pula bermula €1099 (~RM5173).

Itu adalah harga buat pasaran Eropah dan pasti sedikit berbeza jika ia masuk ke pasaran tempatan. Bagaimanapun, belum pasti adakah HONOR Malaysia akan menawarkannya atau tidak. Sama-sama kita tunggu.

Baca juga: