Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Best of IFA Media Awards_HONOR IFA 2024

HONOR Terima 39 Anugerah Di IFA 2024

Diterbitkan September 12, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi global di IFA 2024 dengan pelancaran beberapa produk inovatif yang menerima 39 anugerah ‘Best of IFA’.

Antara produknya ialah HONOR Magic V3, HONOR MagicBook Art 14, dan HONOR MagicPad2.

HONOR Magic V3, yang mencatat rekod sebagai telefon boleh lipat paling nipis dengan ketebalan hanya 9.2mm, memenangi hati TechRadar, Trusted Reviews, dan Android Authority. TechRadar menggelar peranti ini sebagai “Best of IFA 2024” kerana rekaannya yang luar biasa nipis.

Sementara itu, HONOR MagicBook Art 14 mencuri tumpuan dengan kamera pasang tanggal yang unik, menjadikan komputer riba ini sebagai pilihan utama untuk privasi dan visual. XDA Developers memuji inovasi ini, manakala Yanko Design menyifatkannya sebagai pesaing hebat kepada Apple MacBook.

Tidak ketinggalan, HONOR MagicPad2 mempesonakan dengan paparan OLED 12.3 inci dan audio ruangan. Android Headlines menyatakan tablet ini sebagai “amat berkuasa”, manakala Les Numeriques memuji keupayaan AI untuk produktiviti.

Imbas kembali, HONOR melancarkan barisan produk terbaru di IFA Berlin 2024 tempoh hari. Kami pun sudah mencuba Magic V3, anda boleh baca ulasan di sini.

Berkaitan

  • Beberapa Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Sementara Untuk Tarikh Ini
  • Bateri EV Berprestasi Toyota Dapat Lampu Hijau, Produksi Akan Bermula Pada 2026
  • Tonton Filem Animasi Berdasarkan Kisah Benar Ini Eksklusif Di Netflix Bermula 16 September 2024
  • Lazada Alami Masalah Dalam Pusat Penjual, Pesanan Tidak Dapat Diproses

Sumber : Siaran Media Honor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY