Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025

Bateri EV Berprestasi Toyota Dapat Lampu Hijau, Produksi Akan Bermula Pada 2026

Diterbitkan September 11, 2024 · Dikemas kini September 11, 2024 oleh ariff bukhari

Pelan bateri EV keadaan pepejal Toyota secara rasmi mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Jepun (METI).

Pensijilan itu memberi lampu hijau kepada Toyota untuk membangunkan dan membina bateri EV generasi akan datang sebagai sebahagian daripada rancangan Jepun untuk meningkatkan bekalan domestik.

Toyota mengumumkan bahawa pensijilan METI diberikan untuk membina bateri EV di beberapa anak syarikat.

Pensijilan itu membolehkan Toyota menghasilkan bateri generasi terbarunya di Prime Planet Energy & Solutions, Inc. (PPES) dan Primearth EV Energy Co., Ltd.*(PEVE). Ia juga mendapat kelulusan untuk R&D dan pengeluaran bateri EV keadaan pepejal.

Gergasi automotif Jepun itu merancang untuk bekerjasama dengan anak syarikatnya ketika mereka beralih untuk menghasilkan “pelbagai” bateri EV secara besar-besaran.

toyota BATERI EV
*Berkuat kuasa 1 Oktober 2024, PEVE akan dinamakan semula sebagai “TOYOTA BATTERY Co., Ltd.”

Toyota mengeluarkan pelan hala tuju bateri EV tahun lepas, yang merangkumi beberapa jenis berbeza. Bateri “Prestasi” pertama akan dikeluarkan pada tahun 2026, manakala “Popularisasi” akan menyusul menjelang akhir tahun 2027.

Toyota dalam satu kenyataan berkata, dengan meningkatkan daya saing bateri, mereka berusaha untuk meningkatkan kebolehpasaran kenderaan elektrik dan mencapai neutraliti karbon.

Greencarreports melaporkan, Toyota kini dalam persiapan untuk meningkatkan pengeluaran EV mereka kepada sekurang-kurangnya satu juta unit pada 2026, dan akan meneruskan rancangan untuk mengeluarkan bateri keadaan pepejal di Jepun.

Sumber: Toyota

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY