HONOR Play 4 Dan Play 4 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan 5G Dan Fungsi Imbasan Suhu

Bertempat di China, hari ini HONOR telah melancarkan 2 model terbaharu di bawah siri HONOR Play yang memfokuskan kepada spesifikasi tinggi dengan harga berpatutan. Model tersebut HONOR Play 4 Pro dan HONOR Play 4 didatangkan dengan sokongan rangkaian 5G menggunakan cip Kirin 990 dan MediaTek Dimensity 800.

Walaupun mempunyai nama yang lebih kurang, kedua-dua peranti ini mempunyai perbezaan spesifikasi yang jauh berbeza antara satu sama lain.

HONOR Play 4 Pro


Selaku model paling berkuasa, HONOR Play 4 Pro didatangkan dengan cip Kirin 990 dengan modem 5G tambahan. Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang utama 40MP sensor Sony IMX600 RYYB.

Kamera kedua tambahan pula merupakan telefoto 8MP disertakan dengan OIS dan mampu zum optikal 3x dan maksimum digital 30x.



Peranti hadir dengan rekaan skrin berlubang dengan swafoto 32MP utama dan sudut lebar 8MP. Paparannya adalah berukuran 6.57 inci dan beresolusi Full HD+.

Melengkapkan spesifikasi prestasi peranti adalah RAM 8GB dengan padanan storan dalaman 128GB yang tidak menyokong kad microSD.

Bateri peranti pula adalah berkapasiti 4,200mAh dan menyokong pengecasan sepantas 40W. Dengan kelajuan tersebut, ia mampu memenuhkan bateri sehingga 70% dalam masa 30 minit.

Honor Play 4 Pro unveiled with Kirin 990, 40MP main and 3x tele cam, Play 4 gets Dimensity 800

Menariknya mengenai HONOR Play 4 Pro, ia hadir dengan fungsi imbasan suhu yang boleh digunakan untuk mengimbas suhu manusia atau mana-mana objek. HONOR mendakwa ia mempunyai imbasan suhu berjulat dari -20°C ke 100°C dan menggunakan kaedah melalui sensor inframerah.



Di China, HONOR Play 4 Pro dijual bermula CNY 2899 (~RM1,734).

HONOR Play 4


HONOR Play 4 pula membawakan spesifikasi lebih zuhud namun tetap berkuasa. Ia hadir dengan cip 5G MediaTek Dimensity 800 dan tiga kamera belakang.



Untuk kamera utama, ia merupakan sensor 64MP dibantu dengan 2MP makro, dan 2MP depth. Lensa swafoto pula hanya satu sahaja 16MP dimuatkan dalam reka bentuk puch-hole.

Honor Play 4 Pro unveiled with Kirin 990, 40MP main and 3x tele cam, Play 4 gets Dimensity 800

Sedikit berbeza dari Play 4 Pro mempunyai skrin lebih besar 6.81 inci LCD Full HD+. Peranti ini juga masih mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 128GB namun menariknya ia tidak seperti Play 4 Pro kerana model ini menyokong kad microSD.

Bateri adalah lebih kurang sahaja dengan kapasiti 4,300mAh akan tetapi pengecasan sedikit perlahan dengan 22.5W.

Untuk harga jualan, HONOR Play 4 dipasarkan bermula CNY 2,000 (~RM1,196).

Beli peranti dari HONOR Malaysia di

Lazada: https://invol.co/clompt

Shopee: https://invol.co/clompu