Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 6th Anniversary Campaign

HONOR Malaysia Sambut Ulangtahun Ke-6 Dengan Pelbagai Tawaran Menarik

Diterbitkan Jun 12, 2020 oleh Amalina Athman

Sempena sambutan ulangtahun HONOR Malaysia ke-6, syarikat itu bakal mengadakan Jualan Ulangtahun Ke-6 bermula 12 hingga 30 Jun ini. Sepanjang promosi berlangsung, pelbagai tawaran menarik, barangan percuma dan permainan akan ditawarkan.

Tawaran di Hihonor

promosi HONOR Malaysia

Bermula 16 hingga 30 Jun, pelbagai promosi dan barangan percuma ditawarkan melalui jualan di Hihonor. Antaranya termasuk siri Honor 20 dan Honor 9x.

Melalui Flash Deals di Hihonor, beberapa produk HONOR termasuk telefon pintar, jam tangan dan aksesori akan ditawarkan setiap hari sepanjang promosi ini berlangsung.

flash deal honor

Hihonor turut menawarkan barangan percuma melalui permainan Hihonor Spin & Win. Hadiah yang ditawarkan termasuk HONOR FlyPods Lite, HONOR Powerbank, HONOR Band 5 Sport serta baucar bernilai RM 100, RM 50, dan RM 30.

HONOR Click and Grab Vouchers

Bukan itu sahaja, pengguna berdaftar Hihonor juga boleh mendapatkan baucar bernilai sehingga RM606 yang boleh digunakan pada produk tertentu HONOR.

Tawaran di HONOR Experience Store (HES)

promosi HONOR Malaysia

Jika anda memilih untuk mendapat peranti dari kedai fizikal, HONOR turut menawarkan barangan percuma bagi pembelian produk terpilih yang dibuat melalui HONOR Experience Stores atau rakan niaga bermula 12 hingga 30 Jun.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari portal Hihonor.

Boleh beli barangan HONOR di:

Lazada: https://invol.co/clp01d

Shopee:https://invol.co/clp01e

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY