Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Android 15 Beta KV

HONOR Magic6 Pro Dan Magic V2 Dah Boleh Uji Android 15 Beta

Diterbitkan Mei 16, 2024 oleh Athirah Isa

HONOR telah mengumumkan Beta 1 Android 15 yang tersedia untuk pembangun HONOR sejak Mei 2024. HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 adalah peranti pertama untuk menerima kemas kini ini.

Secara umum, program ini menawarkan akses awal kepada kemas kini Android bagi membolehkan pengguna menguji ciri-ciri baharu dan meningkatkan keserasian aplikasi pada telefon pintar andalan HONOR.

Tambahan pula, pengguna boleh melindungi maklumat peribadi dalam persekitaran peranti yang selamat. Ia memperkenalkan SDK Sandbox bagi membolehkan perkhidmatan seperti pengiklanan beroperasikan dalam Sandbox.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman privasi pengguna, Android 15 memperkenalkan Penunjuk Privasi (Privacy Indicator) bersama portal pengurusan kebenaran supaya pengguna lebih menyedari status perlindungan privasi apabila mengurus dan memberi kebenaran untuk ciri-ciri seperti kamera atau mikrofon.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sementara itu, Android 15 terus memperhalusi Android Dynamic Performance Framework (ADPF) untuk mengurus aplikasi penggunaan kuasa yang intensif seperti Aplikasi Permainan berinteraksi dengan sistem kuasa peranti.

Hal ini dikatakan demikian kerana bertujuan untuk membantu peranti bertindak balas dengan lebih baik terhadap penggunaan pada GPU, CPU dan sistem penyejukan serta membantu aplikasi menjalankan tugas latar belakang.

Kini, Beta 1 Android 15 tersedia untuk pembangun mempertingkatkan keserasian dan pembangunan aplikasi untuk versi Android.

Layari Laman Web rasmi HONOR Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY