HONOR Magic V Dijangka Hadir Dengan Spesifikasi Ini

HONOR Magic V diramalkan akan dilancarkan sekitar Januari tahun 2022. Mereka juga kini kian rancak memperlihatkan telefon boleh lipat pertamanya.

Buat masa sekarang, ia akan dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 yang secara tidak langsung menjadikan peranti boleh lipat yang berkuasa.

Manakala spesifikasi pula, Magic V akan menyokong pengecasan 66W, bateri sebesar 4500mAh, 8GB RAM dengan 256GB storan dalaman, menjalankan Android 12 serta kamera utama 50MP.

Selain itu, turut dikhabarkan peranti ini menyokong kadar segar semula 120Hz bagi skrin di dalam dan 90Hz untuk skrin di luar. Namun, ia masih mengekalkan paparan berlubang di hadapan dan juga skrin besar di dalam.

Bagaimanapun, ini masih lagi spekulasi memandangkan spesifikasi yang dinyatakan itu hanya berasaskan peranti prototaip. Mungkin ia sedikit berbeza setelah dilancarkan nanti.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga: