Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Sudah Rancang Untuk Melancarkan Rangkaian 6G Menjelang Tahun 2029

HONOR Dan GSMA Ambil Langkah Pertama Teroka Masa Depan 6G

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Muhd Idham

Di MWC 2024 , ketua eksekutif HONOR, George Zhao bersama-sama ketua eksekutif GSMA, John Hoffman dan pengurus besar Qualcomm Technologies, Alex Katouzian membincangkan tentang kepentingan teknologi kecerdasan buatan untuk manusia.

Sesi perbincangan itu menekankan bahawa setiap penciptaan teknologi baru yang berasaskan kecerdasan buatan perlu diberi keutamaan terhadap semua pihak serta privasi mereka.

Alex Katouzian (left), George Zhao and John Hoffman

MagicOS 8.0 oleh HONOR menerapkan teknologi kecerdasan buatan menerusi Magic Portal, satu ciri pintasan dalam pengaksesan antara perkhidmatan dan 100 aplikasi utama di seluruh dunia.

Tambahan lagi, peranti HONOR Magic6 Pro yang dibina dengan teknologi Qualcomm juga dilengkapi dengan kecerdasan buatan dalam peranti (on-device AI) bagi memperkukuhkan ekosistem antara mereka dan memudahkan cara penggunaan dan pengalaman pengguna.

HONOR juga memaklumkan, mereka bekerjasama dengan GSMA dengan menampilkan kertas putih  mengenai pembinaan 6G Terminal Vision.

HONOR berkata, dengan pelancaran kertas putih ini, HONOR dan GSMA telah mengambil langkah pertama dalam meneroka masa depan 6G.

HONOR juga menjemput rakan industri untuk menyatukan kekuatan mereka, terlibat dalam penyelidikan bersama, dan berkumpul ke arah konsensus industri di terminal 6G.

Usaha penciptaan rangkaian 6G ini juga melibatkan kerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi seperti China Unicorn, China Mobile, China Telecom, Du, Telstra dan Inmarsat.

{suggest}

Sumber: Siaran Media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY