Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah memperkenalkan sebuah model yang memfokuskan terhadap permainan video, Honor Play.
Telah diperkenalkan di China, ia bakal menjengah ke pasaran dalam negara pada 7 Ogos nanti.
Perkataan Play pada nama peranti sudah cukup memberi gambaran bahawa ia akan diperkuatkan dengan teknologi GPU Turbo.
Melalui teknologi tersebut, GPU Turbo akan memberikan peningkatan kepada prestasi grafik sehingga 60% bersama-sama penawaran pengalaman permainan 4D.
Hadir dengan skrin berukuran 6.3 inci paparan FHD+, yang menyokong resolusi 2340 x 1080 piksel. Dipacu dengan Kirin 970 digandingkan bersama Mali-G72 MP12.
Honor memberikan bakal pembeli dua pilihan iaitu RAM 4GB/ 64GB storan dan RAM 6GB/ 64GB ruang memori. Memori tambahan boleh didapati menerusi kad MikroSD sehingga 256GB.
Tetapan kamera utama menggunakan dwi kamera 16MP f/2.2 dan 2MP f/2.4. Panel hadapan pula menempatkan kamera swafoto 16MP dengan sensor aperture f/2.0.
Akan mengoperasikan EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1, Honor Play dijana dengan bateri berkapasiti 3750mAh.
Lain-lain butiran akan dikongsikan pada 7 Ogos nanti.
Berkaitan
- Gedung Dalam Talian Rasmi OnePlus Sudah Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia
- HONOR 9X Lite Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
- PlayStation 5 Boleh Di Pra-Tempah Dari Shopee Tengah Malam Ini
- Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store
- Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia
- Honor 10 Lite Ditawarkan Pada Harga RM699 Untuk Tempoh Masa Terhad
- HONOR 20 Pro Dapat Lesen Google Play, Mungkin Dilancarkan Pada Beberapa Pasaran Tidak Lama Lagi
- Peranti Pertama Yang Akan Menggunakan HongMeng OS Mungkin TV Pintar Dari HONOR