HONOR 9A Dilancarkan, Jualan Bermula 26 Jun Ini

Melalui acara yang berlangsung semalam, HONOR telah melancarkan HONOR 9A. Terbaru, HONOR mengumumkan peranti ini akan dijual dalam pasaran tempatan bermula 26 Jun ini.

Menyentuh spesifikasi, HONOR 9A yang mempunyai berat 185g hadir dengan paparan 6.3 inci FullView. Peranti ini dijana oleh cip MediaTek Helio P22 dengan 3GB RAM dan 64GB storan. Ia turut menyokong kad mikroSD sehingga 512GB.



Beralih ke bahagian kamera, ia dimuatkan dengan tetapan tiga lensa iaitu 13MP utama, 5MP sudut lebar dan 2MP depth. Bahagian hadapan pula dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Midnight Black dan Phantom Blue.

harga HONOR 9A

Diletakkan pada harga RM549, jualan HONOR 9A melalui Hihonor, Shopee (https://invol.co/clpicx) dan Lazada (https://invol.co/clpicz) akan bermula jam 12 tengah hari, 26 Jun 2020.

Pra-tempah juga boleh dilakukan melalui HONOR Experience Store bermula 26 Jun hingga 5 Julai 2020.