Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 9A Akan Dilancarkan Pada 23 Jun Ini

HONOR 9A Akan Dilancarkan Pada 23 Jun Ini

Diterbitkan Jun 19, 2020 oleh Amalina Athman

HONOR kini mengesahkan pelancaran HONOR 9A di Malaysia akan berlangsung pada 23 Jun ini. Selain untuk pasaran tempatan, pelancaran itu juga merupakan pelancaran global bagi HONOR 9A.

HONOR 9A Malaysia

Mengenai spesifikasi, HONOR 9A hadir dengan skrin paparan FullView 6.3 inci dan resolusi HD+. Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh serta port Mikro USB untuk pengecasan.

HONOR 9A dikuasakan dengan cip Mediatek Helio P22 dan digandingkan dengan RAM 3GB dan storan 64GB. Untuk penambahan storan, peranti ini menyokong kad MikroSD sehingga 512GB.

 

HONOR 9A Akan Dilancarkan Pada 23 Jun Ini

Peranti ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Phantom Blue dan Ice Green.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai HONOR 9A, tonton pelancaran HONOR 9A menerusi Facebook HONOR Malaysia atau saluran Youtube HONOR pada 23 Jun 2020, 8 malam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY