HONOR 50 Akhirnya Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

Mula diperkenalkan Jun lalu, HONOR 50 akhirnya rasmi tiba buat pasaran Malaysia yang mana pertama ia dilancarkan di luar pasaran China.

Seperti yang diketahui, peranti HONOR sudah lama kehilangan GMS dan selepas berpisah bersama Huawei, mereka kini dilengkapi sokongan Google tersebut.

Jika di China terdapat 3 model, HONOR Malaysia hanya membawa masuk hanya satu sahaja model, iaitu HONOR 50 5G.

Telefon ini mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 778G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Skrinnya dilengkapi paparan seluas 6.57 inci OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz.



Kameranya tampil dengan 108MP utama pada bahagian bulatan atas. Sementara bulatan bawah terdapat tiga kamera lain - 8MP ultra lebar dan 2MP untuk makro serta bantuan bokeh (depth). Kamera swafotonya pula adalah 32MP.



Spesifikasi lain adalah termasuk pembesar suara mono, Bluetooth 5.2, NFC, hadir dengan GPU Turbo X, bateri 4300mAh dengan kelajuan mengecas 66W dan peranti ini menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.



Terdapat empat pilihan warna ditawarkan - HONOR Code, Frost Crystal, Midnight Black dan juga Emerald Green.

Berikut adalah harga jualan rasmi buat pasaran tempatan:

  • 8GB+256GB - RM1999

  • 6GB+128GB - RM1699


Bagi anda yang merindui untuk menggunakan peranti Huawei, anda boleh membuat pra-tempah HONOR 50 bermula hari ini hingga 24 Oktober 2021 yang mana turut menerima hadiah bernilai sehingga RM550 menerusi kedai rasmi HONOR, Shopee, Lazada dan juga pengedar yang sah.



Manakala jualan rasmi di Malaysia pula bermula 25 Oktober ini dan terdapat juga peluang mendapat HONOR Band 6 dan jaminan 1 tahun tambahan sekiranya anda membeli dalam tempoh promosi sehingga 31 Oktober.

https://www.youtube.com/watch?v=TgW82SbZtio