Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (3)

HONOR 200 Lite Kini Tersedia Dengan Langganan ‘Telco’ Terpilih

Diterbitkan Julai 26, 2024 oleh Muhd Idham

Bermula hari ini, model terbaru untuk siri HONOR 200 iaitu HONOR 200 Lite 5G kini telah tersedia secara rasminya untuk pembelian di seluruh syarikat penyedia telekomunikasi Malaysia dan juga gedung dalam talian Shopee dan Lazada.

Sehubungan dengan itu, anda boleh dapatkan HONOR 200 Lite ini melalui langganan pakej pascabayar terpilih.

Salah satunya adalah CelcomDigi yang menawarkan Pakej MegaJimat berharga RM199 bersama pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dengan kontrak selama 24 bulan.

Selain itu, telefon ini juga boleh dimiliki hanya dengan RM499 dengan kontrak selama 12 bulan untuk pelan yang sama. Turut ditawarkan pakej Easy360 untuk membeli HONOR 200 Lite ini dengan bayaran RM1 sebulan dan pelan CelcomDigi One.

HONOR 200 Lite CelcomDigi Plan

Melalui telco Maxis pula, HONOR 200 Lite boleh dimiliki secara percuma dengan mendaftar pelan Maxis Postpaid 139. Maxis juga tawarkan peranti ini pada harga RM99 dengan pelan Maxis Postpaid 109.

HONOR 200 Lite Maxis Plan

Untuk U Mobile, HONOR 200 Lite juga boleh dimiliki secara percuma melalui U Save More dengan pelan U Postpaid RM68 sebulan.

HONOR 200 Lite U Mobile Plan (1)

Untuk intipati lanjut serta syarat-syarat yang lain, sila layari laman web rasmi CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Berkaitan

  • nubia Flip 5G Kini Tersedia Di Shopee, Harga RM2,499
  • Redmi Pad Pro 5G Tersedia, Harga Rasmi RM1,799
  • Infinix NOTE 40X 5G Akan Tiba 1 Ogos, Guna Dimensity 6300 5G
  • Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 10 Negara Teratas Paling Aman Di Dunia
  • Bakal Saingi Google, OpenAI Perkenal SearchGPT

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY