Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft logo

Elakkan Kemas Kini Windows 11 KB5043145, Menyebabkan 2 Isu Utama Kepada PC

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 2, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda ada menerima tawaran kemas kini terbaru Windows 11 KB5043145 yang telah dilepaskan secara berperingkat, ada baiknya anda elakkan kemas kini tersebut.

Ia selepas Microsoft memberi amaran bahawa sesetengah sistem Windows 11 akan memasuki but semula berulang kali atau mungkin menjadikan PC tergantung dengan paparan skrin biru selepas memasang kemas kini tersebut.

“Selepas memasang kemas kini ini, sesetengah pelanggan telah melaporkan bahawa peranti mereka dimulakan semula beberapa kali atau menjadi tidak responsif dengan skrin biru atau hijau. Menurut laporan, sesetengah peranti secara automatik membuka alat Pembaikan Automatik selepas percubaan mulakan semula berulang kali. Dalam sesetengah kes, BitLocker recovery juga boleh dicetuskan.” Microsoft.

kemas kini windows

Kemas kini terbaru ini memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menarik seperti ciri perkongsian fail lokal terus daripada hasil carian yang muncul dalam kotak Carian pada taskbar dan paparan Log keluar kini berada pada pengurus akaun apabila anda membuka menu Start.

Tetapi memandangkan isu yang boleh berlaku pada PC anda, ada baiknya anda tangguhkan dulu memasang kemas kini Windows 11 KB5043145 ini.

Microsoft memaklumkan, pihak mereka sedang menyiasat isu ini.

Berkaitan

  • Microsoft Buang 5 Aplikasi Utama Ini Dari Windows 11 Pada Kemas Kini Akan Datang
  • Selepas Hampir 30 Tahun, Microsoft Akhirnya Buang Had Saiz FAT32 Di Windows 11
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699

Sumber: Microsoft Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY