Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kos Penggantian Bateri EV Semakin Murah – Kajian

Hayat Bateri EV Moden Boleh Bertahan 20 Tahun, Jimat Kos Pemilikan Lebih RM60,000 – Kajian

Diterbitkan September 20, 2024 ยท Dikemas kini September 20, 2024 oleh ariff bukhari

Bertentangan dengan kepercayaan kebanyakan orang, satu kajian baharu mendapati bahawa kebanyakan bateri dalam kenderaan elektrik berkemungkinan boleh bertahan lebih lama daripada hayat kenderaan yang digunakan anda.

Cerapan baharu itu berdasarkan kemas kini syarikat telematik Kanada Geotab baru-baru ini berbanding analisis 2019 mengenai kemerosotan bateri EV dengan menggabungkan data baharu.

Lima tahun lalu, Geotab melaporkan bahawa bateri EV merosot pada kadar purata 2.3 peratus setahun, yang dianggap “sangat baik” pada masa itu.

Tetapi dalam laporan 2024 mereka berkata,

“Pada 2024, kami melakukan analisis baharu dan keputusan menunjukkan bahawa bateri EV telah bertambah baik dengan ketara, merosot pada purata 1.8 peratus setahun,” kata firma itu dalam kajian itu.

EV degrade

Berdasarkan data baharu itu, Geotab menyimpulkan bahawa bateri EV boleh bertahan 20 tahun.

Geotab berkata, walaupun banyak faktor menentukan jangka hayat bateri kenderaan elektrik, tetapi secara purata, bateri EV akan bertahan lebih lama daripada hayat kenderaan itu sendiri, terutamanya jika pemandu mengikuti amalan terbaik pengecasan dan pemanduan.

Malah dalam laporan mereka itu juga menyatakan EV boleh memberikan penjimatan kos sebanyak $15,900 (~RM61,000) setiap kenderaan sepanjang hayatnya.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Geotab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY