Kajian Dapati Semakin Ramai Pengguna Rela Dan Mahu Dijejak Aplikasi

Ciri antipenjejakan diperkenalkan oleh Apple bermula iOS 14.5 dengan nama App Tracking Transparency (ATT).

Setiap kali aplikasi baru dipasang, pengguna akan ditanya sama ada mereka membenarkan aplikasi untuk menjejak aktiviti dan penggunaan mereka. Untuk keselamatan data dan mengekalkan privasi, pengguna sebaiknya memilih untuk menghalang daripada dijejaki.

Ciri antipenjejakan ini dijangka akan merugikan Meta lebih berbilion ringgit kerana dengan penjejakan, syarikat seperti Facebook dapat memaparkan iklan yang lebih sesuai dengan pengguna.

Justeru, lebih banyak wang dijana kerana pengguna jadi berminat dengan iklan dikongsi.

Akan tetapi, sebuah kajian oleh syarikat Adjust di Amerika Syarikat mendapati kini lebih ramai pengguna membenarkan aplikasi untuk menjejak mereka.

app tracking transparency att

Mei tahun lalu, hanya 16% pengguna memberi izin penjejakan dilakukan terhadap mereka namun hari ini sudah meningkat sehingga 25%.

Bercakap tentang aplikasi permainan, statistiknya lebih tinggi dengan 30% pemain mahu mereka dijejak oleh aplikasi ini. Malah, aplikasi permainan terkenal pula boleh mencapai sehingga 75%.

Ia berdasarkan 2,000 aplikasi paling terkenal dalam data Adjust.

Antara sebab pengguna sengaja membiarkan penjejakan ini adalah disebabkan mereka semakin sedar mereka sentiasa terdedah kepada iklan, sama ada dijejak atau tidak. Jadi, dengan penjejakan, iklan dipaparkan lebih sesuai dengan kemahuan mereka.

Selain itu, ia juga disebabkan Apple yang membenarkan penyedia perkhidmatan menjelaskan sebab mereka mahu menjejak aktiviti pengguna. Dengan itu, pengguna semakin faham dan boleh membuat keputusan berdasarkan rasional mereka sendiri, tidak hanya takut tanpa sebab.

Fungsi ATT terus menjadi tembok antara syarikat gergasi dan pembangun dengan Apple terutamanya Meta.

Sumber: Adjust

Baca juga: