Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Banci 2020 Mendapati Lelaki Masih Lebih Ramai Berbanding Perempuan Di Malaysia

Banci 2020 Mendapati Lelaki Masih Lebih Ramai Berbanding Perempuan Di Malaysia

Diterbitkan Februari 14, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan, penduduk Malaysia kini berjumlah 32.4 juta dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) penduduk sebanyak 1.7 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Dari segi Tempat Kediaman pula, sebanyak 9.6 juta telah dibanci.

Status penduduk mengikut kewarganegaraan pula menunjukkan 91.7 peratus atau 29.8 juta adalah warganegara, manakala 8.3 peratus atau 2.7 juta penduduk adalah bukan warganegara.

Dalam Laporan itu juga menyatakan, daripada 32.4 juta penduduk yang telah dibanci, sebanyak 52.3 peratus ialah lelaki manakala 47.7 peratus ialah perempuan.

Nisbah Jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Penemuan banci itu juga menunjukkan satu-satunya negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah W.P. Putrajaya, di mana 100 orang wanita bersamaan 96 orang lelaki.

Bagi statistik mengikut etnik pula, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 69.4 peratus diikuti oleh etnik Cina (23.2%), India ( 6.7%) dan Lain-lain ( 0.7%).

Sementara dari segi kumpulan umur, dapatan bancian itu mendapati 6.8 peratus daripada 32.4 juta penduduk Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas.

69.3 peratus pula ialah umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun dan bakinya 24.0 peratus dalam kalangan umur muda (0 hingga 14 tahun).

Dalam laporan bancian itu juga mendapati warga emas iaitu penduduk yang berumur 60 tahun ke atas yang telah direkodkan menunjukkan penambahan iaitu sebanyak 10.5 peratus (3.4 juta) berbanding pada tahun 2010 iaitu 8.0 peratus (2.2 juta) sahaja.

Manakala penduduk yang berumur muda pula telah menunjukkan penurunan daripada 27.6 peratus pada 2010 kepada 24.0 peratus pada akhir 2020.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY