Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selepas Beri Bonus RM4 Ribu, Kini Apple Naikkan Gaji Pekerja Pula

Posted on Februari 14, 2022

Sewaktu kebanyakan perniagaan dihimpit kesempitan dan ada yang gulung tikar, Apple pula bertindak sebaliknya dengan terus memberi insentif kewangan pada pekerja bawahan seperti pekerja kedai Apple.

Bloomberg melaporkan Apple akan menaikkan gaji pekerja kedai Apple di Amerika Syarikat berkuat kuasa bulan ini, Februari. Syarikat dari California ini mengumumkan kenaikan gaji minggu ini semasa taklimat dan mesyuarat individu dengan pekerja.

Kenaikan gaji 2%-10% ini bagaimanapun tidak dapat dinikmati oleh semua pekerja tetapi pekerja yang telah berkhidmat sebelum 2020.

Tahun lalu, Apple telah memberi bonus sebanyak $1,000 (RM4,000) kepada pekerja kedai Apple menjelang musim cuti.

Selain itu, mereka juga akan menambah lebih banyak faedah untuk kesemua pekerja separuh dan sepenuh masa dengan memberikan percutian berbayar, cuti sakit dan  lain-lain.

Pendapatan Tim Cook dalam 2021 hampir mencecah $100 juta, sekitar 1,447 kali ganda berbanding purata gaji pekerjanya. Apple juga dikatakan dalam usaha memperbanyakkan kedainya.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Kalau iPhone Buat Telefon Lipat, Mungkin Ini Bentuknya
  • Pengguna iPhone Perlu Segera Kemas Kini iOS 15.3.1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress