Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amaran, Jangan Klik pada Laman Sesawang Palsu Windows 11 Ini

Amaran, Jangan Klik pada Laman Sesawang Palsu Windows 11 Ini

Diterbitkan Februari 14, 2022 oleh ariff bukhari

Pasukan penyelidik keselamatan komputer dari Hewlett-Packard (HP) telah mengesan kewujudan laman sesawang palsu yang menawarkan muat turun sistem operasi Windows 11 kepada pengguna.

Laman sesawang palsu itu direka menyerupai laman rasmi oleh Microsoft Windows 11.

Laman sesawang palsu itu yang menggunakan nama domainĀ windows-upgraded[dot]com digunakan penggodam untuk mengelirukan pengguna bagi menyebarkan perisian hasad dengan memuat turun nama fail Windows 11 palsu Windows11InstallationAssistant.zip.

Kewujudan laman sesawang itu dikesan pada 27 Januari 2022 lalu iaitu tidak lama selepas fasa akhir naik taraf Windows 11 diumumkan Microsoft.

Amaran, Jangan Klik pada Laman Sesawang Palsu Windows 11 Ini
Laman sesawang palsu yang menyerupai laman rasmi Windows 11. Kredit: HP

Hasil siasatan penyelidik ke atas fail muat turun itu mendapati, fail zip yang dimuat turun itu hanyalah bersaiz 1.5MB sahaja.

Tetapi apabila dinyah mampatkan, fail muat turun itu menjadi sebesar 753MB. Apabila fail itu dijalankan, ia akan terus memuat turun dan menjalankan perisian hasad yang dikenali sebagai RedLine Stealer.

Perisian hasad itu didapati berupaya mencuri data sulit pengguna, kata laluan, info kad kredit dan kriptowang mangsanya.

Ekoran itu, penyelidik keselamatan HP meminta pengguna supaya berhati-hati dan hanya mendapatkan naik taraf Windows 11 dari laman rasmi Microsoft sahaja.

Sumber: HP

Baca juga:

  • Perisian Hasad TeaBot Serang Play Store, Buang Segera 7 Aplikasi Ini
  • Hampir Satu Dalam Dua Individu Asia Tenggara Kena Scam Sebab ‘Online Dating’
  • 10 Aplikasi “Dating” Ini Paling Popular Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY